MODEL tersohor dunia, Naomi Campbell, baru sahaja menyambut hari jadinya yang ke-48. Sungguhpun beliau terkenal dengan cerita-cerita kurang enak seperti berperangai diva, namun, masih banyak pencapaiannya dalam bidang peragaan yang boleh dibanggakan.

Berikut Pepatung menyenaraikan 10 fakta menarik tentang Naomi Campbell sepanjang beliau bergelar seorang model

1) Naomi muncul buat kali pertama sebagai figura awam ketika usianya tujuh tahun iaitu pada 1978. Ketika itu, beliau terlibat dalam klip video Is This Love oleh Bob Marley.

2) Pada 1986, sewaktu masih belajar di Italia Conti Academy of Theatre Arts, Naomi ditawarkan untuk menjadi model oleh Beth Boldt, ketua Synchro Model Agency, sewaktu sedang window-shopping di Covent Garden.

3) Kariernya dalam bidang peragaan terus mencanak naik apabila dia diberi peluang untuk muncul sebagai gadis penghias sampul majalah ELLE UK. Ketika itu, dia baru berusia 16 tahun.

4) Untuk tahun berikutnya, kerjaya Naomi bergerak dalam laluan sukses. Beliau berjalan untuk pereka-pereka besar seperti Gianni Versace, Azzedine Alaïa, dan Isaac Mizrahi. Beliau juga berpeluang untuk dipotretkan oleh beberapa jurugambar terkenal antaranya Peter Lindbergh, Herb Ritts dan Bruce Weber.

5) Pada penghujung tahun 1980-an, Naomi bersama Christy Turlington dan Linda Evangelista menggelarkan diri mereka bertiga sebagai The Trinity. Gelaran tersebut secara tidak langsung membuatkan mereka lebih dikenali terutama dalam kalangan model-model seangkatan pada waktu itu.

FOTO/PINTEREST

6) Pada Disember 1987, beliau menjadi model kulit hitam kedua bagi majalah British Vogue.

7) Dan pada Ogos 1988, Naomi menjadi model kulit hitam pertama dibingkaikan sebagai gadis muka depan majalah adibusana French Vogue, selepas rakan dan juga mentornya, pereka fesyen Yves St. Laurent mengugut majalah tersebut untuk menarik iklan-iklannya jika mereka masih enggan meletakkan model kulit hitam sebagai penghias muka depan.

FOTO/PINTEREST

8) Pada 1995, Naomi bersama tiga rakan modelnya yang lain iaitu Claudia Schiffer, Christy Turlington dan Elle Macpherson membuka sebuah restoran yang diberi nama Fashion Cafe. Malangnya, bisnes mereka lingkup pada 1998.

FOTO/FASHIONSIZZLE

9) Naomi tidak pernah berkahwin.

10) Bekas presiden Afrika Utara, Nelson Mandela mengganggap Naomi sebagai cucu angkatnya. Beliau bertemu Nelson Mandela buat pertama kali pada November 1994, selepas parti tokoh itu, African National Congress menjemput Naomi terbang ke sana untuk bertemu dengan mereka.

FOTO/NY DAILY NEWS

TINGGALKAN RESPONS

Sila masukkan komen!
Masukkan nama anda di sini