RE-JEAN Uniqlo perbaharui persepsi jean

0
18

SEBAGAI lanjutan terhadap komitmen dalam menghasilkan pakaian berinovatif, Uniqlo telah memperkenalkan koleksi jean baharu di bawah koleksi musim Luruh/Sejuk 2015. Rangkaian baharu tersebut dilancarkan di bawah cogan kata ‘Re-Jean‘ yang merujuk kepada kesungguhan Uniqlo dalam mencabar persepsi kita terhadap jean.

Uniqlo telah menambah perincian baharu yang tidak konvensional ke atas barisan jean baharunya. Ia sekali gus menjadikannya lebih selesa, menggalakkan pergerakan dengan mudah dan berupaya memanaskan tubuh pada musim sejuk. Bagi kegunaan ketika musim luruh, ia disediakan dalam pilihan penggayaan yang pelbagai.

Jean Wanita

1) Smart Shape Jeans

4_UNIQLO Jeans Images - Smart Shape Jeans.jpg-c

Produk denim terbaharu di bawah koleksi musim Luruh/Sejuk 2015 Uniqlo. Jean ini direka istimewa bagi memberikan bentuk tubuh wanita agar kelihatan lebih langsing. Bahagian pinggangnya dilapisi power netting bagi membentuk bahagian tengah untuk garis pinggang yang lebih ramping dan menarik.

Material denimnya digabungkan bersama rayon lyocell menjadikan ia lembut, stretchy fit yang sempurna membalut kaki. Dengan potongan langsing (slim), jean ini pasti menawan untuk digayakan sepanjang hari.

2) Ultra Stretch Jeans

01_14FW_E_Bnr_usj-cover.jpg-cFOTO/UNIQLO MALAYSIA

Jean ini mewakili nilai ‘good stretchability, good tightness.’ Kombinasi regangan dan pemampatannya memungkinkan keselesaan berpanjangan dan dalam masa yang sama menyerlahkan sepasang kaki yang menawan.

3) Denim Yoga Pants

goods_160977_sub2.jpg-cFOTO/UNIQLO AS

Seperti namanya, jean berpotongan langsing (slim) ini sesuai untuk aktiviti yoga. Materialnya yang lembut begitu menyamankan dan memberikan ciri regangan serta pengudaraan yang baik.

Jean Lelaki

1) Skinny Fit Tapered Air Jeans

1_UNIQLO Jeans Images - Miracle Air Skinny Fit Jeans.jpg-c
Diperbuat daripada material ‘miracle air’ yang dicipta bersama oleh Kaihara dan Toray. Jean ini mempunyai kelembutan mengagumkan dan 20 peratus lebih ringan berbanding denim tradisional yang sesuai untuk keselesaan seharian.

Helaian dengan siluet terlangsing, jean stretch skinny fit color ini memiliki two-way stretch untuk keselesaan berganda.

2) Selvedge Jeans

2_UNIQLO Jeans Images - Stretch Selvedge Slim Fit Jeans.jpg-c
Jean ini diperbuat daripada denim selvedge, merujuk kepada denim tenun berkualiti tinggi menggunakan mesin menenun shuttle yang jarang ditemui. Uniqlo telah menambah kebolehan untuk meregang pada denim tradisional dan autentik ini untuk kegunaan yang lebih selesa.

Koleksi terbaharu Uniqlo kini boleh didapati di semua butik Uniqlo di seluruh negara. Untuk keterangan lanjut, layari laman web www.uniqlo.com/my.

TINGGALKAN RESPONS

Sila masukkan komen!
Masukkan nama anda di sini