Stail

PUMA Musim Bunga/Panas 2017

By  | 

BARU-BARU ini, PUMA telah melancarkan himpunan koleksi musim Bunga/Panas 2017 di The Slate @ The Row, Kuala Lumpur. Antara koleksi yang mencuri tumpuan ialah Swan Pack dan PUMA Mostro.

VIDEO PENUH LIPUTAN/FUN-FUN STUDIO (@funfunstudio.my) VIA PEPATUNG

Menerusi koleksi Swan Pack, kesinambungan kempen ‘DO YOU’ diteruskan. Kempen kali ini menampilkan barisan penari balet daripada New York City Ballet (NYCB) yang mewakili ekspresi kebebasan, kekuatan dan kesantunan wanita.

Rekaannya menggabungkan ciri lasak yang sporty dengan perincian inspirasi angsa – palet hitam dan putih, material berwarna-warni dan cetakan bulu angsa.

FOTO: TAUFIQ NADZRI (@taufiqnadzri) FOR PEPATUNG

Ikon sneaker PUMA juga dikembalikan sempena musim ini. PUMA Mostro yang dilancarkan sekitar 1990-an, kini diberi nafas baharu dengan ciri yang lebih hebat dan bergaya.

PUMA MOSTRO BAHARU DIMODENKAN DARI SEGI REKAAN DENGAN PENINGKATAN KESELESAAN DAN CIRI FUNGSIONAL YANG LEBIH BAIK.

Terdahulu, PUMA Mostro OG meraih sambutan menggalakkan berikutan sistem pelekapan Velcro dan spike yang tidak ketara, inspirasi daripada kasut larian dan kasut boat, sekali gus kekal sebagai signaturnya sehingga ke hari ini.

FOTO: TAUFIQ NADZRI (@taufiqnadzri) FOR PEPATUNG
BACA DI SINI: PUMA IGNITE LIMITLESS HI TECH KINI DI MALAYSIA

Gabungan stail dan inovasi tersebut telah menjadikan ia siluet terlaris dan keluaran paling ikonik dalam sejarah PUMA. Rekaan berisiko yang unik, tanpa pengabaian keselesaan dan gaya, turut menjadikan ia pilihan dalam kalangan selebriti.

Pembaharuan PUMA Mostro dapat dilihat di bahagian midsole (lapisan material di antara tapak luar dan dalam kasut yang berfungsi menyerap bebanan) yang ultra-ringan, dengan kombinasi sistem pelekapan zigzag yang minimalis.

FOTO: TAUFIQ NADZRI (@taufiqnadzri) FOR PEPATUNG

Warna hitam dan putih masih menjadi pertaruhan serta beberapa rekaan eksklusif yang diinspirasikan dari kota-kota gergasi fesyen antarabangsa seperti New York, London, Paris dan Milan.

PUMA Mostro dijual pada harga RM539. Kesemua koleksi musim Bunga/Panas 2017 PUMA juga kini boleh didapati di semua cawangan PUMA di seluruh negara.

Comments

comments

Memulakan kerjaya penulisan sebagai wartawan di sebuah akhbar berbahasa Melayu tempatan dan berkhidmat selama empat tahun sebelum menyertai Pepatung sepenuh masa. Berpengalaman dalam penulisan rencana terutama berkenaan gaya hidup, profil, minat ramai, isu semasa, fesyen dan hiburan.

Tinggalkan Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *