Puma Ignite Netfit pilihan pelari pecut muda negara, Badrul Hisyam

0
22

PUMA mengumumkan keluaran kasut baharu dengan kombinasi tekonologi yang akan membuat si pemakai berasa lebih selesa dengan ‘genggaman’ di bahagian kaki.

Bertempat di Arena Bar KL, pada 3 Julai lalu, majlis pelancaran Ignite Netfit turut dihadiri oleh pelari pecut muda negara, Badrul Hisyam Abdul Manap dan Khairul Hafiz Jantan serta atlet muda olahraga, Quek Lee Yong.

Koleksi baharu tersebut ditunjangi aspek keselesaan yang berpanjangan. Nilai kasual pula diserlahkan menerusi penggunaan warna-warna terang dan berani.

Puma amat berbeza dengan kasut jenama lain yang pernah saya pakai. Kerana ia dapat menampung buku lali sekali gus meningkatkan prestasi sewaktu beraksi,” kosngi Badrul Hisyam ketika ditemui Pepatung.

Puma juga mengembangkan inovasi baharu dengan lima momentum berbeza bagi memberikan ekstra cengkaman dan keanjalan ketika berlari.

Pertamanya untuk pelari yang memerlukan sokongan minimum dengan momentum biasa. Kedua melibatkan kestabilan momentum untuk pelari yang memerlukan sokongan tambahan.

Seterusnya momentum lebar untuk pelari bertapak kaki lebar dan memerlukan ruang yang lebih lebar. Keempat untuk pelari berkaki runcing, boleh menggunakan momentum tapak runcing.

Terakhir adalah untuk pelari yang memerlukan genggaman yang kuat, disarankan menggunakan momentum dengan sokongan tumit.

Sebelum ini saya memakai Puma Ignite Ultimate. Namun koleksi baharu ini memberikan lebih kemudahan serta cengkaman yang menepati keselesaan saya. 

Ada yang berpendapat, sebagai pelari, kriteria kasut yang perlu diambil kira adalah menggunakan kasut yang ringan.

“Sebaliknya aspek yang paling penting adalah keselesaan kerana ia akan menyerlahkan lagi mutu larian kita,” tambah Badrul Hisyam.

Dalam perkembangan lain, pelari pecut harapan negara itu bersama dua lagi atlet muda telah selamat terbang ke India bagi mengikuti pertandingan di sana selama seminggu. Kemudian, mereka akan pulang ke tanah air untuk persediaan sukan SEA 2017.

TINGGALKAN RESPONS

Sila masukkan komen!
Masukkan nama anda di sini