PUMA IGNITE limitless Hi Tech & Extreme Hi Tech kini di Malaysia

1
34

JENAMA kasut yang berasal dari Jerman, PUMA melancarkan rekaan terbaharu daripada koleksi IGNITE Limitless. Dua keluaran terkini itu adalah IGNITE Limitless Hi Tech dan IGNITE Limitless Extreme Hi Tech.

Kali ini, PUMA menggabungkan ciri pembuatan teknikal yang teliti bersama nilai kesantaian jalanan. Ia dicipta untuk mereka yang mahukan sepasang kasut yang sempurna untuk imej kasual jalanan tanpa mengabaikan kepentingan fungsional dan keselesaan.

Sempena rekaan baharu itu juga, PUMA melaksanakan kempen Run The Streets di samping berkolaborasi bersama penyanyi dari Kanada, The Weeknd.

PUMA IGNITE Limitless Hi Tech dan Extreme Hi Tech kini boleh didapati di Crossover Sunway Pyramid, Selangor dan Sole What Mid Valley Megamall, Kuala Lumpur, masing-masing pada harga RM810 dan RM910.

#RunTheStreets

KONGSI
Artikel sebelumnyaKisah photobombing paling comel
Artikel seterusnyaMana hilangnya aura Anugerah Juara Lagu?

Memulakan kerjaya penulisan sebagai wartawan di sebuah akhbar berbahasa Melayu tempatan dan berkhidmat selama empat tahun sebelum menyertai Pepatung sepenuh masa. Berpengalaman dalam penulisan rencana terutama berkenaan gaya hidup, profil, minat ramai, isu semasa, fesyen dan hiburan.

1 KOMENTAR

TINGGALKAN RESPONS

Sila masukkan komen!
Masukkan nama anda di sini