Pop Gone Metal: Bila artis pop diganaskan

0
4

ARTIS pop, yang biasanya menyanyikan lagu komersial arus perdana sering dikaitkan dengan golongan muda. Kebanyakan lagu yang diterbitkan oleh artis pop bersifat santai dan senang diterima oleh kebanyakan orang. Tidak dinafikan, lagu-lagu sebegini juga menjadi guilty pleasure buat pendengar yang tidak menggemari muzik pop.

Justeru, Pop Gone Metal mengambil inisiatif menjelmakan artis-artis pop kepada artis metal, tanpa menghilangkan signatur yang ada pada mereka.

1) Rekaan paling menarik dengan wajah kelima-lima ahli Spice Girls yang telah dimetalkan. Menarik bukan, seperti sesuai dengan tajuk lagu tersebut, Wannabe.

2) Agak menakutkan, sekali pandang, tak nampak seperti lagu My heart Will Go On yang dipopularkan oleh Celine Dion.

3) Lady Gaga dan elemen metal tidak asing dalam kalangan peminat. Cantik rekaan ini, sesuai untuk digayakan jika anda penggemar fesyen jalanan.

4) Seperti lantunan muzik Lana Del Rey yang berhantu, rekaan Born To Die ini persis irama lagu-lagunya yang lain.

5) Paling simple dalam kebanyakan rekaan. Rekaan tulisan Taylor Swift mirip font band Metalica.

6) Toxic dan Britney Spears tidak dapat dipisahkan. Rekaan ini sangat menarik tetapi kelihatan seperti watak kartun.

TINGGALKAN RESPONS

Sila masukkan komen!
Masukkan nama anda di sini