Pewarna kuku boleh jadikan anda gemuk!

0
6

PEWARNA kuku merupakan mungkin antara aksesori paling mudah dan murah untuk menaikkan seri jari. Dan tiada sesiapa pun yang boleh menafikan bahawa kuku yang cantik mampu memberikan keyakinan tambahan untuk wanita.

Begitupun, sebelum anda mendapatkan khidmat merias kuku dia salon, sila pastikan anda membaca apa yang ingin kami sampaikan ini. Menurut kajian yang dijalankan Duke University dan Environmental Working Group, bahan kimia yang terkandung dalam pewarna kuku, triphenyl phosphate atau THP telah dibuktikan mampu mengganggu sistem endokrin.

Sistem endokrin bertanggungjawab untuk mencipta hormon yang menyelaraskan metabolisma, peningkatan seksual serta tumbesaran. Ia juga menghasilkan bahan kimia di dalam tubuh untuk menstabilkan organ dan aktiviti selular.

Pada kebiasaannya, golongan wanita mampu memproses THP lebih banyak berbanding lelaki – sehingga menyebabkan mereka menyerap bahan kimia yang terkandung dalam bahan komestik seperti pewarna kuku. Menurusi kajian tersebut, dalam 3,000 pewarna, THP didapati dalam 49 peratus daripadanya.

Menurut kajian, THP yang diserap oleh tubuh akan mengganggu metabolisma badan serta proses pembentukan lemak dalam badan. Seterusnya, THP mampu menyumbang kepada masalah kegemukan dan obesiti.

Lebih menggerunkan, THP lebih banyak didapati dalam pewarna kuku jernih berbanding yan berwarna.

TINGGALKAN RESPONS

Sila masukkan komen!
Masukkan nama anda di sini