Buletin

Pengalaman beli-belah serantau GemFive

By  | 

HAMPIR sebulan platform membeli-belah atas talian GemFive.com  telah dilancarkan dan selaku pelopor kepada pasaran digital serantau yang menawarkan produk serta perkhidmatan komprehensif kepada pengguna, ia semakin mendapat tempat di hati pengguna alam maya.

“Kelebihan GemFive adalah tawaran eksklusif dengan tip editorial menarik selain barangan dan inspirasi yang bakal memudahkan kehidupan seharian. Ia nyata menjanjikan pengalaman membeli-belah yang berbeza kepada pengguna yang boleh menemui ribuan produk dalam pelbagai kategori seperti fesyen, elektronik, kecantikan, kesihatan, gaya hidup serta barangan ibu dan anak,” kata pengasasnya, Quek Kok Sean.

17765993809_bf85e0098d_b

Buat masa ini, Kumpulan Hong Leong merupakan pelabur utama GemFive.

“GemFive membantu pelanggan mencari produk asli selain jenama terkemuka, mengekalkan harga pada kadar yang berpatutuan dan kompetitif serta melalui bantuan pengkalan data meluas, kami menjangkakan capaian yang lebih relevan dan sesuai terhadap produk pilihan selain rekomendasi peribadi,” tambahnya.

Antara jenama fesyen yang ditawarkan di GemFive ialah jenama pakaian moden Sakun dan Beyond Closet yang popular di Korea Selatan, Stella & Jamie dari Amerika Syarikat, WhyRed dan Cheap Monday (Sweden), Neuw Denim (Australia), Da+PP dan Pomelo Fashion (Thailand) serta Almatrichi (Sepanyol).

Kategori kecantikan dan kesihatan menampilkan jenama popular antaranya Annick Goutal, Laura Mercier & Caudalie by Ken’s Apothecary, Dr. Ko, Tony Moly, Cabatree & Evelyn dan L’Occitane.

Pelbagai produk kediaman berkualiti turut dibawakan termasuklah Kare dari Jerman, Tefal, Elba, Roichen, Noritake dan Maxwell Williams.

gemfive-e1430887428251-700x420

Manakala, bagi kategori ibu dan anak pula, selain peralatan mainan intelektual, jenama yang turut ditawarkan ialah Philips Avent, Tommee Tippee, Maxi Cosi, LeapFrog dan Quinny.

Sementara jenama seperti Oppo, Xiaomi, Bang & Olufsen, Bose, Lenovo, Samsung dan Apple menanti penggemar produk elektronik. GemFive turut menawarkan produk inovasi terkini Gramovox, sistem bunyi Bluetooth yang memenangi anugerah Kickstarter yang meniru bunyi gramophone lama.

GemFive juga menyokong kuat jenama tempatan antaranya Frankitas, Dipped Row, Comoddity, Sydonie, Christy Ng, Aisha Wong Couture, Azzara Cottons, Binqareem, Kin by Nik dan banyak lagi.

Untuk menikmati pengalaman membeli-belah serba baharu, layari www.gemfive.com sekarang.

GemFive-e1432086237386

Comments

comments

Selepas lima tahun bersama akhbar berbahasa Melayu tempatan, penulis memanjangkan langkah dalam bidang rekaan fesyen bersama label peribadi. Kecintaan terhadap dunia penulisan dilanjutkan bersama Pepatung berbekalkan pengalaman skop hiburan, pelancongan dan biografi.

Tinggalkan Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *