Nilai multifungsi kaca mata CEO.V

0
94

BENTUK muka orang Asia sering mengundang masalah kepada pemilihan kaca mata yang sesuai. Bahagian tepi mata terutamanya, menyebabkan aksesori pembantu penglihatan atau pelindung daripada sinaran matahari itu ‘terkangkang’ hanya selepas beberapa bulan digunakan.

Supermodel lelaki tanah air, Wilson Tan tidak terkecuali berdepan kesulitan mengecewakan itu. Justeru, kaca mata hitam berbingkai menarik daripada jenama unggulan dunia jarang sekali digayakan Wilson. Ketahanan singkat aksesori itu membantutkan hasratnya untuk membeli.

Bagaimanapun, menerusi kaca mata CEO Vision (CEO.V) yang telah bertapak di pasaran sejak tiga tahun lalu, masalah remeh itu dapat diatasi. Selepas koleksi terdahulunya iaitu Active 2 berjaya meraih perhatian orang tempatan, kini ia kembali bersama dua koleksi baharu.

Sunglasses 2 dan Active 3 adalah perlambangan kepada nilai klasik semasa. Sekiranya anda mencari-cari kaca mata optikal atau untuk berfesyen, keluaran terkini CEO.V ini adalah alternatif terbaik.

3-ceov.jpg-c

“Kepelbagaian fungsinya memberikan pengalaman baharu kepada si pemakai. Kaca mata tidak hanya membantu mereka dengan masalah penglihatan, malah turut berevolusi menjadi penegasan kepada penampilan seseorang.

“Selain selesa dan mudah disuaipadan bersama pelbagai pakaian dan gaya, harganya juga amat berpatutan,” kongsi Wilson ketika ditemui Pepatung pada majlis pelancaran dua koleksi baharu CEO.V di Monkey Garage, Bangsar, Kuala Lumpur.

Di bawah ini merupakan spesifikasi bagi kedua-dua kaca mata baharu itu agar anda dapat melakukan pemilihan dengan mudah.

Sunglasses 2

7-ceov

  • Rekaan nostalgia pada kaca mata hitam ini diilhamkan daripada bingkai bersaiz besar (oversized) vintaj bersama kanta cermin (mirror lense) bergaya atau kanta terkutub (polarized lense).
  • Direka bersama warna dan corak semasa meliputi rona gunmetal, merah menyala (striking red), sleek jet dan reka corak cengkerang kura-kura.
  • Signatur CEO.V iaitu sistem berpaten yang membolehkan sarung pemegangnya dilaras dan dicantum mengikut keselesaan pengguna turut dikekalkan. Silikon antialergi juga masih menjadi teras kepada sarung pemegang kaca mata ini.
  • Harga: RM600 (kanta cermin) dan RM650 (kanta terkutub)

9-ceov

Active 3

11-ceov

  • Rekaan lanjutan daripada koleksi Active 2 dengan penambahan pada bingkai asetat yang lebih moden menerusi lima modelnya dengan seleksi tiga hingga empat warna.
  • Ciri gelung keselamatan lanjutan berganda (DESL) dikekalkan bagi memudahkan kaca mata mesra sukan ini dikembalikan kepada bingkai optikal mengikut kesesuaian suasana dan keperluan anda.
  • Harga: RM350

10-ceov

Bagi mendapatkan kaca mata fungsional bergaya ini, kunjungi rangkaian kedai pengedar sah di seluruh negara. Bagi mengetahui lokasi pengedar berhampiran anda, hubungi Eyewear Creations (M) Sdn. Bhd. di talian 03-9274 2388. Anda juga boleh melayari laman web CEO.V untuk maklumat lanjut.

TINGGALKAN RESPONS

Sila masukkan komen!
Masukkan nama anda di sini