Modenisasi tradisi lebaran Dokoh

0
29

JENAMA fesyen baharu tempatan, Dokoh memperkenalkan koleksi Aidilfitri mereka; #DOKOHRAYA yang terdiri daripada tiga koleksi utama.

DokohFesyen254.jpg-cFoto/Dokoh

Koleksi Orked menghimpunkan empat rekaan minimalis dengan menjadikan putih pudar (off-white) sebagai rona teras dalam setiap helaian. Dres potongan puteri menyaksikan cantuman indah warna putih pudar (bahagian atas) dan merah pulasan (skirt), membentuk pesona feminin yang bersahaja.

Dres potongan duyung berlengan puff pula memadukan rona putih pudar dan hijau lumut untuk penampilan yang elegan. Mahukan kesantunan ekstra pada pagi Syawal? Sarungkan persalinan separa kaftan dan separa dres Orked yang disatukan dalam rona putih pudar dan coklat gelap.

Tidak lupa dres berpotongan tent (atas dada) berona putih pudar dan jingga yang pasti menyerlahkan seri Aidilfitri anda.  Kesemua helaian Orked dihasilkan menggunakan fabrik sifon dan dilapisi lining satin bagi memberi keselesaan kepada si pemakai.

“Keempat-empat rekaan Orked sengaja direka kosong tanpa sebarang perincian seperti batu jemeki, manik atau renda kerana kami mahu memberikan kuasa kreativiti kepada pelanggan. Ia mudah dipadankan bersama pelbagai aksesori terutama dokoh yang menjadi simbol jenama kami,” jelas pereka dan pengarah kreatif Dokoh, Nik Amri Nik Hassan.

Wanita yang menginginkan busana klasik dalam cita rasa kontemporari pula disarankan memilih koleksi Melur. Baju kurung moden, kebarung, dres abaya dan dres peplum menggabungkan satin jacquard dan satin diamond sebagai material utamanya.

DokohFesyen248.jpg-cFoto/Dokoh

Baju kurung moden dan kebarung direka dalam rona coklat cair berjalur dengan kain berwarna beige. Kipas (fan) pada bahagian belakang kain juga melengkapkan glamor raya anda.

Dres abaya dalam warna merah belacan pula dilengkapi kolar dan leher berjalur sebagai penegas gaya. Serapan formaliti dalam persalinan ini juga menjadikan ia tidak hanya sesuai digayakan pada musim perayaan, malah ke pejabat.

Serlahkan kemanisan dan kelembutan anda bersama dres peplum berona merah belacan yang direka dengan potongan duyung. Sepertimana Orked, empat rekaan koleksi Melur juga amat sesuai dipadankan bersama dokoh sebagai penyuntik kemewahan gaya.

DokohFesyen215.jpg-cFoto/Dokoh

Menyedari betapa istimewanya Syawal kepada sesetengah individu, Dokoh turut memberi pilihan dalam rangkaian eksklusif. Baju kurung moden dan baju kurung Kedah di bawah Dahlia dihasilkan dalam kuantiti terhad bagi memberikan nilai eksklusif kepada si pemakai.

Baju kurung moden Dahlia direka menggunakan fabrik jacquard metalik dengan cetakan flora menawan dalam rona biru muda (baby blue). Dilapisi lining satin putih yang lembut, helaian ini seakan-akan memberi ilusi songket dan broked yang diketahui sebagai material tradisional mewah.

Baju kurung Kedah jacquard metalik pula disatukan dalam rona perak dan hitam berkilau bak kerdipan bintang yang mempesona. Baju tanpa pesak dengan potongan pendek ini diserikan dengan kancing bunga berwarna emas. Kainnya pula direka dengan potongan terbelah bersilang pada bahagian belakang untuk elemen urban semula jadi. Koleksi Orked, Melur dan Dahlia kini boleh didapati di butik Dokoh.

Info
Koleksi Orked
Harga: RM179
Saiz: S, M, L, XL

Koleksi Melur
Baju kurung moden       Kebarung                 Dres peplum            Dres abaya
Harga: RM189                Harga: RM199        Harga: RM229         Harga: RM199
Saiz: S, M, L                    Saiz: S, M, L             Saiz: S, M                  Saiz: S, M

Koleksi Dahlia
Harga: RM499
Saiz: S, M

Alamat butik: No. 6-35-1, Jalan Medan PB 8A, Bangi Sentral, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor
E-mel: dokohmy@gmail.com
Instagram: @dokohmy
Facebook: https://www.facebook.com/dokohmy

Sebelum1/10Seterusnya

#DOKOHRAYA 2015

DokohFesyen020.jpg-cDres potongan duyung berlengan puff Orked. Foto/Dokoh

TINGGALKAN RESPONS

Sila masukkan komen!
Masukkan nama anda di sini