Model lelaki berbogel lagi di atas pentas peragaan!

0
83

BELUM reda kontroversi berkisar rekaan pereka antarabangsa, Rick Owens yang menampakkan alat sulit model lelaki di atas pentas peragaan Januari lalu, kini timbul pula cerita baharu.

Baru-baru ini, pada Minggu Fesyen New York (NYFW), sebuah label Amerika Syarikat, MTCostello mengambil pendekatan serupa seperti pertunjukan Owens.

Pada pertunjukan jenama kolaborasi bekas peserta rancangan realiti TV, Project Runway itu, Michael Costello dan adik perempuannya, Stephanie Costello memaparkan model lelaki berkaki ayam dan hanya menyarungkan mantel daripada material velur berona emas lengkap bersama aksesori gelang tangan emas dan tidak lupa, cincin zakar yang juga berwarna emas.

Sepanjang melangkah di atas pentas peragaan dengan penuh keyakinan, model tersebut bagaimanapun tetap menutup alat sulitnya menggunakan tangan kanannya.

Pertunjukan itu difahamkan adalah sebahagian daripada Pertunjukan Fesyen Art Hearts oleh Yayasan Penjagaan Kesihatan AIDS.

Kredit foto: huffingtonpost/metro

TINGGALKAN RESPONS

Sila masukkan komen!
Masukkan nama anda di sini