Minimalis dan signifikan Mastuli Khalid

0
23

BERMULA dari sebuah butik yang menghimpunkan variasi jenama di bawah nama Odd Haus, pemiliknya, Dayang Fatma Dewi Mastuli Abang Khalid atau mesra digelar Dewi melangkah setapak ke hadapan dengan melahirkan label sendiri.

2-mastuli khalid

Menerusi Mastuli Khalid, visi Dewi dijelmakan ke arah mewujudkan rekaan bertunjangkan keselesaan, kualiti dan minimalis. Signatur gayanya yang longgar dan berstruktur turut disuntik dengan sedikit elemen maskulin.

Dilancarkan pada Februari 2015, koleksi sulung jenama yang berpangkalan di Kuching, Sarawak itu diinspirasikan daripada gaya Timur (Oriental) dengan penerapan nilai minimalis. Helaiannya yang ringkas dan signifikan dihamparkan dalam rona polos seperti merah, biru, hitam dan putih tanpa sebarang cetakan atau corak.

3-mastuli khalid

Keringkasan tersebut membolehkan setiap rekaan Mastuli Khalid mudah disuai padan dan menepati pelbagai suasana serta acara. Penggunaan material seperti twid, kapas poliester, neoprena dan satin juga memberi keselesaan kepada si pemakai.

Terdapat 11 gaya di bawah koleksi ini dan anda boleh membelinya menerusi hab fesyen dalam talian, Fashion Valet.

Info Mastuli Khalid:
Facebook: Mastuli Khalid
Instagram: @mastulikhalid

Kredit foto: Mastuli Khalid

TINGGALKAN RESPONS

Sila masukkan komen!
Masukkan nama anda di sini