JENAMA fesyen muslimah (modest) negara, Minaz melakar sejarah apabila terpilih sebagai antara jenama dari seluruh dunia memperagakan rekaannya pada Minggu Fesyen Arab (Arab Fashion Week) 2017.

Wishing the whole MINAZ TEAM A very Best of LUCK for tomorrow. Watch us live at 2 AM (Malaysia local time) it’s okay If uguys are still sleeping. You can watch us at saved LIVE videos or our Minaz Youtube soon for the full show! We are so excited about it and listening to @pijaminaz words, we know we are on the right track 💋STAY TUNED! ___ Specially brought to you by @wardaaofficial 😉 #MizRoss #jamusirehmoden #cantiksihatonthego #wardaamizross ~ COMING SOON. ___ Live Update from Dubai, UAE Venue : City Walk, Dubai Date : 17th Nov (tomorrow) Time : 10 PM (Dubai) #MINAZTakesDubai #MINAZXDubaiUAE #MinazArabFashionWeekDubai #ArabFashionWeek2017 ___ 🎥 Video by #minazcreativeteam & @dakteropong 🖥 Post Process #minazcreativeteam

A post shared by Let the DESIGN do the TALKING (@minaz.my) on

Acara yang berlangsung di City Walk, Dubai, Emiriyah Arab Bersatu (UAE) bermula 15 hingga 19 November itu bakal mementaskan himpunan koleksi pakaian berkonsep ready-couture.

Moslema In Style yang bertanggungjawab membuka ruang kepada Minaz menyatakan, Minaz satu-satunya jenama Malaysia yang berjaya melepasi kesemua peringkat saringan sehingga terpilih untuk slot pertunjukan fesyen utama.

Pengasas Minaz, Hafiza Abd. Hamid pada acara perasmian Minggu Fesyen Arab 2017 di Dubai.

Koleksi bertemakan ‘The Blooming Flower’ akan dipersembahkan Minaz pada 17 November (pukul 2 pagi Malaysia hari ini) dengan pemilihan rona pastel membaluti rekaan-rekaan berciri malar segar dan sofistikated.

Hafiza Abd. Hamid bersama Norazura Md. Posdzi (kiri) bakal melancarkan produk Wardaa yang menjadi penaja rasmi Minaz sempena Minggu Fesyen Arab 2017.

Dibangunkan Hafiza Abd. Hamid atau dikenali dengan panggilan Pija, penglibatan Minaz turut menerima tajaan dan sokongan jenama produk kecantikan dan kesihatan baharu, Wardaa yang diasaskan bersama Pija dan rakan kongsinya, Norazura Md Posdzi.

TINGGALKAN RESPONS

Sila masukkan komen!
Masukkan nama anda di sini