Memilih Sut Untuk Lelaki

0
40

SUT merupakan satu persalinan penting yang perlu ada dalam almari setiap jejaka. Walaupun tidak banyak acara yang menuntut anda mengenakan persalinan pakaian ini, namun, memiliki sekurang-kurangnya sepasang sepasang sut adalah satu perkara wajib bagi golongan lelaki.Perkara paling penting sebelum keluar membeli-belah ialah mengetahui sebab utama mengapakah anda mahu membeli sut.

Jika anda mahu mengenakan sut ke office dalam senggang masa yang kerap, pilih warna-warna klasik gelap. Warna-warna seperti coklat atau kelabu merupakan tona warna selamat untuk digayakan ke pejabat. Padankan dengan warna kemeja yang bersesuaian supaya anda kelihatan lebih segak.

Bagaimanapun, jika anda bercadang untuk membeli sut bagi digayakan pada majlis-majlis perkahwinan, pilihan rona hitam dan biru tua adalah dua warna yang selamat. Pilih fabrik yang tampak kasual kerana ia boleh disuai padan dengan kemeja-T dan sneakers.

Selain pilihan warna, elemen paling penting dalam memilih sut adalah saiz yang tepat dengan sosok tubuh. Sut direka untuk melekap sempurna pada badan anda. Paling penting adalah bahagian bahu sut yang dipilih haruslah terletak betul-betul di atas kedua-dua bahu anda.

Tidak salah jika anda memilih saiz sut yang lebih besar. Anda sentiasa boleh memilih untuk memotong bahagian yang terlalu panjang atau lebar di kedai jahit berhampiran. Ingat, selepas sut anda selesai dipinda, pastikan anda mencuba dahulu sut tersebut sebelum melangkah keluar daripada kedai.

KONGSI
Artikel sebelumnyaPharell Bergelut Dengan Madonna
Artikel seterusnyaLegasi Las Vegas Britney
Memulakan karier sebagai pembantu editorial untuk sebuah majalah bertemakan perkahwinan sekitar empat tahun yang lalu, langkah jejaka ini dalam bidang penulisan semakin berkembang tatkala idea untuk membina empayar kandungan digital Pepatung tercetus olehnya.

TINGGALKAN RESPONS

Sila masukkan komen!
Masukkan nama anda di sini