Mandiri Pride And Honour Neonate

0
92

Pride & Honour ilham Neonate

12-neonate

RAMAI sedia maklum, pengacara dan pelakon tanah air, Karl Shafek Ibrahim telahpun melancarkan jenama pakaian sulungnya, Neonate Clothing pada Mei lalu. Menerusi koleksi pengenalan dulu, Karl Shafek mengangkat rusa selaku motif teras helaiannya.

Kini, Neonate Clothing kembali bersama koleksi terbaharu, Pride And Honour. Wajah-wajah popular dan segar termasuk Wak Doyok, Ameer Forteen, Harris Alif dan ikon motosikal klasik wanita, Raja Susrina dipilih sebagai teraju kempen baharu ini.

“Koleksi terbaharu Pride And Honour ini amat bertentangan dengan apa yang saya tampilkan sebelum ini. Saya ingin khalayak menghayati istilah itu dan menghargai persekitaran serta masyarakat di sekeliling mereka sebagai seorang manusia. Itu yang saya tampilkan melalui rekaan grafik dalam koleksi kali ini.

“Selain tiga rekaan baju T, koleksi ini juga terdiri daripada aksesori seperti dompet kulit, beg tote dan aksesori telefon bimbit sebagi pelengkap istimewa. Kami merancang untuk menghasilkan beberapa rekaan lagi yang akan ditambah dari masa ke masa. Kami menggunakan material kain kapas sepenuhnya dan ia sangat selesa dipakai,” terang Karl Shafek.

Secara praktikal, mereka yang ingin mengetahui perkembangan Neonate hanya perlu melawati dan mengikuti laman Instagram @neonate_clothing dengan hashtag #neonaters kerana di situ, jenama tersebut sentiasa tampil dengan kempen terkini selain memberikan tatacara dan idea tentang cara serta gaya berpakaian.

“Neonate perlu dimiliki kerana ia hip dan terkini serta berlainan daripada himpunan jenama fesyen jalanan tempatan lain. Kami juga menyediakan rekaan grafik yang bersesuaian untuk remaja di Malaysia,” Tambah Karl Shafek.

Selepas mengetengahkan koleksi lengan panjang dan himpunan untuk kanak-kanak, kumpulan pereka Neonate kini bersedia untuk menghasilkan pelbagai aksesori untuk lelaki dan wanita pula.

Buat masa ini urusan pembelian dijalankan menerusi WhatsApp dan WeChat dan penghantaran dibuat melalui pos laju pada setiap minggu. Untuk rujukan berkenaan kempen Neonate, sila ikuti saluran berikut:

Instagram​: @neonate_clothing
Whatsapp : +011 – 2345 0835
WeChat; @neonate_clothing

Facebook​: Neonate
Twitter​​: @NeonateClothing
YouTube​: Neonate Clothing
E-mel​​: [email protected]

TINGGALKAN RESPONS

Sila masukkan komen!
Masukkan nama anda di sini