Lima perkara yang boleh merosakkan seluar denim

0
11

SEMUA orang gemar menggayakan seluar jean. Tidak kira umur mahupun jantina, celana yang kini boleh didapati dalam perlbagai warna, bentuk dan rekaan itu merupakan busana perlu ada bagi setiap individu. Namun, masih ada antara segelintir pengguna yang tidak tahu tentang cara penjagaan fabrik denim yang betul. Pepatung menyenaraikan sepuluh perkara yang perlu dielakkan jika anda mahu seluar jean anda tahan lebih lama:

1) Elakkan daripada membasuh seluar jean anda terlalu kerap. Pakar menyarakankan supaya anda membasuh seluar denim anda sekali setiap empat hingga enam bulan.

2) Elakkan memakai seluar jean yang terlalu labuh. Pergeseran antara fabrik dan permukaan lantai boleh merosakkan seluar anda.

3) Jika mahu mencuci seluar jean, elakkan penggunaan mesin basuh. Menggunakan mesin basuh untuk mencuci seluar denim anda bukan sahaja boleh merosakkan permukaan fabrik, malah, ia boleh melunturkan warna sehingga boleh memudarkan seluar denim anda.

4) Elakkan menggunakan pengering pakaian. Suhu pengering yang terlampau panas boleh merosakkan gentian pada denim.

5) Elakkan menyimpan kunci, telefon bimbit, beg duit di dalam poket seluar untuk tempoh yang lama. Ia mampu mengubah bentuk dan menyebabkan tanda berkekalan pada seluar denim anda.

TINGGALKAN RESPONS

Sila masukkan komen!
Masukkan nama anda di sini