Stail

Legenda muzik Ringo Starr wajah baharu kempen Skechers

By  | 

BEKAS pemain dram The Beatles, Ringo Starr dilantik sebagai wajah baharu kempen kasut Skechers Relaxed Fit. Starr, 75, bakal menjayakan kempen media cetak, elektronik dan digital jenama kasut global itu untuk musim bunga 2015 sehingga 2016. Karisma dan perwatakan cool legenda muzik itu menjadikannya sebagai pilihan tepat bagi memaparkan aspirasi koleksi tersebut.

2-ringo starr skechers

“Saya masih bergiat aktif sebagai pemuzik dan masih mengadakan konsert jelajah. Sebelum ini juga saya pernah terlibat dengan beberapa komersial. Skechers sentiasa menampilkan iklan yang ceria, segar dan berjiwa muda. Nilai itu amat saya gemari dan kini saya mula selesa menyarungkan kasutnya.

“Saya seorang individu yang relaks dan kasut Skechers berupaya memberikan perasaan itu kerana ia amat selesa,” kongsi Starr.

Dalam perkembangan lain, album baharu Starr, Postcards From Paradise bakal memasuki pasaran bermula 31 Mac depan. Konsert jelajah bersama anggota All Star-nya pula diumumkan berlangsung bulan ini sehingga Mac di Amerika Syarikat, Amerika Latin termasuk Puerto Rico, Dominican Republic, Brazil, Chile dan Mexico.

Comments

comments

Memulakan kerjaya penulisan sebagai wartawan di sebuah akhbar berbahasa Melayu tempatan dan berkhidmat selama empat tahun sebelum menyertai Pepatung sepenuh masa. Berpengalaman dalam penulisan rencana terutama berkenaan gaya hidup, profil, minat ramai, isu semasa, fesyen dan hiburan.

Tinggalkan Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *