Stail

Lee Dong Wook hiasi majalah Vogue Korea edisi Mac 2017

By  | 

PADA usia 35 tahun dan masih bujang, ‘saham’ aktor prolifik Korea Selatan, Lee Dong Wook semakin melonjak. Selepas fenomena drama Goblin, para peminat drama Korea mula memberi perhatian yang lebih serius kepadanya.

Baru-baru ini, Dong Wook menjayakan sesi fotografi bersama majalah Vogue Korea untuk isu bulan ini (Mac 2017). Menerusi temu bual bersama majalah tersebut, Dong Wook berkongsi tentang lonjakan populariti yang diraih dan bagaimana ia menjadi satu refleksi terhadap karier seni yang telah dibina selama 19 tahun.

Dong Wook juga dijadualkan bakal menemui peminat di Asia sempena jelajah ‘For My Dear’. Selain Korea, aktor yang pernah membintangi drama My Girl itu akan berkunjung ke Taiwan, Singapura, Hong Kong, Indonesia, Thailand dan Jepun.

Tiket sesi bertemu peminat di Seoul yang bakal berlangsung pada 12 Mac depan dilaporkan habis dijual dalam beberapa minit sahaja. Dong Wook akan ke Taiwan dan Singapura pada bulan depan (April), diikuti Hong Kong, Thailand dan Indonesia pada bulan Mei. Jepun menjadi lokasi terakhir pada bulan Jun.

Berikut kami kongsikan antara foto high fashion Dong Wook bersama Vogue Korea.

Sumber: Vogue Korea

Comments

comments

Memulakan kerjaya penulisan sebagai wartawan di sebuah akhbar berbahasa Melayu tempatan dan berkhidmat selama empat tahun sebelum menyertai Pepatung sepenuh masa. Berpengalaman dalam penulisan rencana terutama berkenaan gaya hidup, profil, minat ramai, isu semasa, fesyen dan hiburan.

Tinggalkan Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *