Stail

Kurta MEG Lebaran 2017 untuk gaya lelaki sporty

By  | 

AIDILFITRI tidak semestinya perlu berbaju Melayu sepanjang perayaan. Populariti kurta sejak kebelakangan ini juga telah meluaskan pilihan kaum Adam untuk bergaya pada bulan Syawal.

FOTO/TAUFIQ NADZRI (@TAUFIQNADZRI)

Jemputan rumah terbuka dan kunjungan ke rumah saudara-mara pasti bertali arus selama sebulan. Pakaian ringkas, selesa tetapi segak sentiasa menjadi pilihan jejaka.

Kesemua sembilan rekaan kurta daripada MEG KL Lebaran 2017 memenuhi kriteria yang dimahukan golongan lelaki. Ia menyuntik elemen sporty dan sesuai dipadankan dengan pelbagai jenis seluar bagi membentuk penampilan yang berbeza-beza.

FOTO/TAUFIQ NADZRI (@TAUFIQNADZRI)
FOTO/TAUFIQ NADZRI (@TAUFIQNADZRI)

Pengasas dan pereka MEG, Mohammed Rizzwan (Meg) memberitahu, inspirasi bumi yang diserapkan dalam koleksi kali ini membolehkan dia bermain dengan warna-warna semula jadi, sekali gus mudah untuk digayakan bersama helaian bervariasi.

“Warna-warna pudar sering menjadi pilihan lelaki kerana ia selamat dan maskulin. Kurta kami diperbuat menggunakan 100 peratus fabrik kapas untuk keselesaan berpanjangan individu.

FOTO/TAUFIQ NADZRI (@TAUFIQNADZRI)
FOTO/TAUFIQ NADZRI (@TAUFIQNADZRI)

“Biarpun rekaan sporty ini sering dikaitkan dengan lelaki berjiwa lasak dan muda, tetapi ia sebenarnya menepati imej semua lelaki tanpa dibatasi usia,” jelas Meg kepada Pepatung¬†usai pertunjukan fesyen Panik Lebaran di The Glasshouse @ Seputeh, Kuala Lumpur awal Mei lalu.

FOTO/TAUFIQ NADZRI (@TAUFIQNADZRI)
FOTO/TAUFIQ NADZRI (@TAUFIQNADZRI)

Kurta di bawah koleksi MEG Lebaran 2017 kini boleh dibeli secara dalam talian menerusi instagram @meg_kl atau @megrtw pada harga RM159.90.

Comments

comments

Memulakan kerjaya penulisan sebagai wartawan di sebuah akhbar berbahasa Melayu tempatan dan berkhidmat selama empat tahun sebelum menyertai Pepatung sepenuh masa. Berpengalaman dalam penulisan rencana terutama berkenaan gaya hidup, profil, minat ramai, isu semasa, fesyen dan hiburan.

Tinggalkan Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *