Koleksi Resort 2015/2016 Menswear oleh Sandra Azwan

0
19

MAHUKAN gaya terbaharu dengan sentuhan segar dan berseni? Pereka muda ini mempunyai sesuatu yang cukup menarik buat anda. Sentuhan busana lelaki yang pertama kali dipersembahkan Sandra Azwan ini memberikan aura edgy dan cool dengan perspektif yang kontemporari dan mudah dipakai sang fesyenista tempatan.

2-1-sandra resort

Koleksi Resort 2015/2016 Menswear rekaan Sandra ini menampilkan helaian unik berupa jumper, top dan singlet yang menyuntik elemen cantuman panel membentuk corak abstrak geometri.

1-sandra resort

Menariknya, setiap cantuman panel itu diperhalusi dengan peletakan ‘bias tape/piping’ yang mengukuhkan lagi coraknya bagaikan sebuah ilusi seni bina sebuah bangunan. Fokus setiap panel yang dihasilkan pula ditumpukan kepada bahagian yang menyerlah seperti dada, lengan baju dan bahagian belakang.

5-1-sandra resort

Bagi anda yang berani bereksperimen dengan gaya, terdapat juga beberapa rekaan yang menampilkan cantuman fabrik jarang yang menampakkan ilusi tubuh.

3-1-sandra resort

Helaian di bawah koleksi ini dijual pada harga bermula RM299 sehingga RM899. Untuk maklumat lanjut, layari laman web Sandra di www.sandraazwan.com

Info Sandra Azwan:
Laman web: www.sandraazwan.com
Instagram: @sandraazwan
Blog: Life with Sandra

Kredit foto: Sandra Azwan

TINGGALKAN RESPONS

Sila masukkan komen!
Masukkan nama anda di sini