Kim, Kanye tampil ‘berahi’ dalam kempen Balmain

0
24

PASANGAN suami isteri, Kanye West dan Kim Kardashian mencuri perhatian dunia selepas foto-foto bagi kempen pakaian lelaki musim bunga/panas 2015 Balmain dikeluarkan baru-baru ini.

Dalam sekeping foto kempen #BalmainArmy itu, keintiman pasangan kontroversi itu amat ketara dengan memaparkan Kim merangkul wajah Kanye mendekati rapat wajahnya sehingga bibir mereka hampir bertemu.

2438B7F500000578-2883660-image-m-2_1419259331717

Hasil kerja jurugambar Mario Sorrentini itu menyaksikan Kanye dalam blazer hitam dan Kim pula menyarungkan dres cut-out hitam mirip rekaan yang digayakan adik tirinya, Kendall Jenner pada pertunjukan fesyen Balmain ketika Minggu Fesyen Paris.

“Bagi kempen pakaian lelaki ini, saya mahu merakamkan momen berkisar kasih sayang. Kim dan Kanye merupakan ikon stail dan menyatukan mereka di dalam kempen ini bagaikan satu penghargaan buat Balmain. Berdua, mereka dapat menonjolkan nilai kecintaan, kecantikan dan kepelbagaian.

1-balmain

“Mereka adalah definisi moden baharu. Kolaborasi ini bukan sekadar bertujuan menjayakan satu kempen, malah ia satu ekspresi menjangkaui nilai kesemua pakaian yang digayakan. Ia satu keraian cinta dan persahabatan serta menjadi penegasan terbaharu untuk Balmain,” kongsi pengarah kreatif Balmain, Olivier Rousteing.

Foto kredit: Balmain

TINGGALKAN RESPONS

Sila masukkan komen!
Masukkan nama anda di sini