Stail

Kesantunan gaya Summeraya 2015

By  | 
Sebelum1/13Seterusnya

2-summeraya 2015

KOLEKSI Aidilfitri Rico Rinaldi sentiasa meraih perhatian kelompok fesyenista tanah air. Apatah lagi menerusi koleksi Summeraya yang diperkenalkan pada 2010 yang mencipta fenomena luar biasa. Lantas formula sama dikitar setiap kali menjelang Syawal dan terhasillah Summeraya 2015.

Bagaimanapun, Summeraya tahun ini membariskan gaya yang lebih ringkas atau secara mudahnya, back to basics. Ciri moden dan glamor tetap diselitkan menerusi penggunaan pelbagai fabrik bercetak pada sifon dan satin. Rekaan kali ini tertumpu terhadap mainan layering menggunakan fabrik berbeza bagi membentuk persalinan yang sopan.

Potongan longgar juga banyak digunakan agar siluet setiap helaian lebih selesa dan dalam masa yang sama melahirkan identiti sopan secara semula jadi.

Seperti tahun-tahun sebelumnya yang meminjam inspirasi daripada keindahan flora dan fauna, Summeraya 2015 juga tidak lari daripada konsep aslinya. Setiap persalinan menonjolkan kemewahan pelbagai jenis bunga yang ketara pada fabrik bercetak.

Krep moss polos pula dipilih sebagai pelengkap sifon dan satin dengan cetakan flora itu bagi memberikan aura kesegaran dan keremajaan kepada si pemakai.

Summeraya 2015 terdiri daripada helaian yang sesuai digayakan untuk acara berbeza sama ada ke pejabat, kasual ataupun acara malam. Ia juga direka untuk wanita bagi semua peringkat usia. Tidak ketinggalan helaian buat kaum Adam yang menggabungkan nilai moden dan tradisional.

“Summeraya 2015 ialah himpunan persalinan yang mencerminkan imej wanita moden dan sopan. Ia mengangkat nilai versatil dengan mencantumkan cetakan menonjol (vibrant) bersama sentuhan rekaan yang terperinci.

“Koleksi ini diinspirasikan oleh keperluan perkembangan fesyen sempena Aidilfitri tetapi tetap mengekalkan dan menghargai nilai-nilai tradisional,” jelas Rico.

Pertunjukan fesyen yang menampilkan koleksi Summeraya 2015 turut diadakan sempena pelancaran gedung fesyen baharu, Physicon Malaysia di Bandar Baru Bangi, Selangor yang juga dimiliki oleh Rico.

Koleksi Summeraya dijual secara eksklusif di Physicon Malaysia. Selain berkunjung ke butik, anda juga boleh membeli helaian koleksi tersebut secara dalam talian menerusi www.physicon.com atau www.shop.ricorinaldi.com. Harga bermula RM198 hingga RM399.

Comments

comments

Memulakan kerjaya penulisan sebagai wartawan di sebuah akhbar berbahasa Melayu tempatan dan berkhidmat selama empat tahun sebelum menyertai Pepatung sepenuh masa. Berpengalaman dalam penulisan rencana terutama berkenaan gaya hidup, profil, minat ramai, isu semasa, fesyen dan hiburan.

Tinggalkan Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *