Stail

Kesaktian ‘heirloom’ Innai Red

By  | 

MENCARI busana perkahwinan yang sempurna bukanlah mudah. Dari hujung rambut ke hujung kaki, setiap inci rekaan dan perincian harus terletak supaya cantik memeluk tubuh sang mempelai pada hari bahagia. Jenama yang kian mekar dalam arena seni reka fesyen tempatan, Innai Red kini hadir mempersembahkan koleksi perkahwinan terbaharu mereka yang diberi nama ‘Heirloom’ atau dalam bahasa Melayu bermaksud keturunan atau pusaka.

DUA rekaan ini adalah pilihan peribadi penulis kerana ia romantis dan penuh nilai tradisi namun disuntik dengan sentuhan minimalis moden.

DUA rekaan ini adalah pilihan peribadi penulis kerana ia romantis dan penuh nilai tradisi namun disuntik dengan sentuhan minimalis moden.

Ia menegaskan terhadap satu fokus bahawa setiap busana yang dihasilkan boleh diperturunkan kepada generasi akan datang lantaran rekaannya yang cukup classy dan tidak lapuk dek zaman. Mungkin idea ini kedengaran klise tetapi ia sungguh bermakna bukan? Rona putih gading yang menjadi pilihan cukup sempurna kerana rona ini menampakkan busana perkahwinan lebih mewah dan anggun.

Dari segi siluet rekaan yang diterapkan, duo pereka kreatif jenama ini, Juliani Jamal dan Arene P.Khairudin mengadun idea Barat dan klasik dengan rekaan ala gaun kembang, gaun potongan duyung, kebaya dan kurung moden.

Perincian nan romantis pada sesetengah rekaan seperti kelopak bunga mawar dan juraian manik pula memberikan aura bak seorang puteri kepada si ratu sehari. Busana perkahwinan ini ditetapkan pada harga bermula RM6,000 ke atas. Kesemua rekaan dijual secara eksklusif di butik Innai Red.

Info
Alamat butik: C-0-10, Plaza Damas, Jalan Sri Hartamas 1, 50480 Kuala Lumpur
Telefon: 03-6201 1331
E-mel: [email protected]
Laman web: innaired.com
Facebook: Innai Red

Kredit foto: Innai Red dan Funkydali (foto pertunjukan fesyen Innai Red pada WAF2015)

Comments

comments

Pernah berkhidmat sebagai penerbit sebuah rancangan televisyen tempatan. Penulis merupakan individu yang sukakan fesyen tetapi tidak gemar mengelaskan dirinya dalam kelompok fesyenista. Baginya fesyen adalah subjek kreatif yang membuatkan dunia lebih indah dan bukannya perlumbaan siapa yang lebih stailo.

Tinggalkan Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *