Kendall Jenner wajah baharu kempen Marc Jacob S/S15

0
27

TIDAK dinafikan, karier bintang realiti, Kendall Jenner sebagai seorang model fesyen telah berkembang dengan baik. Sejak tahun lalu, adik tiri kepada sosialit Kim Kardashian itu telah menghiasi beberapa keluaran majalah fesyen adibusana terkemuka seperti Vogue dan LOVE.

Selain majalah, gadis berusia 19 tahun itu turut berjalan di atas beberapa pentas peragaan antaranya untuk rumah fesyen Chanel, Givenchy dan Emilio Pucci. Sementara itu, Kendall turut terpilih untuk menghiasi kempen jenama terkemuka Givenchy.

marc-jacobs-kendall-jenner-ss-2015

Terbaharu, menerusi akaun Instagram The Society, agensi model yang mewakili Kendall, mereka telah merilis kempen terkini yang dibintangi oleh gadis tinggi lampai itu untuk jenama Marc Jacobs bagi musim Bunga/Panas 2015.

Menerusi kempen itu, Kendall digayakan oleh Katie Grand dan keseluruhan gambar dibidik oleh David Dims. Selain Kendall, kempen tersebut turut dibintangi oleh rangkaian model terkemuka termasuklah Adriana Lima, Joan Smalls, Karlie Kloss, Jessica Stam, Issa Lish, Anna Ewers, Anja Rubik dan Natasha Polly. Tahniah Kendall!

Kredit gambar: Marc Jacobs

TINGGALKAN RESPONS

Sila masukkan komen!
Masukkan nama anda di sini