Stail

Kemilau cahaya purnama Titan Raga Moonlight

By  | 
Sebelum1/9Seterusnya

BERSEMPENA perayaan yang paling dinanti-nantikan iaitu hari Krismas, Titan melancarkan koleksi jam tangan Moonlight yang menawan untuk para wanita. Barisan jam tangan tersebut diinspirasikan daripada keindahan objek yang dilimpahi kemilau cahaya bulan.

Diperincikan bersama kristal dan mutiara Swarovski, jam tangan yang turut diperindahkan dengan kemasan sadurannya ini adalah aksesori sempurna untuk digayakan pada detik istimewa. Jam tangan ini adalah satu ilustrasi terhadap kehebatan pertukangan dan sofistikasi rekaan oleh Titan Raga.

Direka untuk wanita kontemporari, koleksi kali ini merupakan gambaran terperinci daripada pancaran perak cahaya bulan. Koleksi Moonlight daripada Raga dilancarkan oleh Ketua Perniagaan Bahagian Antarabangsa, Titan Company Limited, Vijesh Rajan pada satu majlis yang diadakan baru-baru ini.

Dijual pada harga di antara RM375 sehingga RM1,985, koleksi Raga Moonlight mempunyai kepelbagaian rekaan dan boleh didapati di kedai-kedai jam utama di seluruh Malaysia.

Berucap pada majlis pelancaran koleksi Moonlight, Vijesh Rajan berkata: “Pelanggan kami di Malaysia sentiasa menghargai, menyokong dan menjadikan kami antara jenama jam tangan terkemuks di Malaysia. Kami amat teruja memberikan anda sebuah lagi koleksi daripada portfolio kami untuk meraikan musim perayaan ini.

“Jam tangan Moonlight adalah interpretasi terhadap keindahan objek yang dibias cahaya bulan; seperti keindahan Taj Mahal, bunga malam yang harum, kesempurnaan baiduri bulan, tasik penuh mistik dan langit malam yang bercahaya.

“Setiap jam tangan Raga adalah kanvas terhadap bayangan kebijaksanaan dalam rekaan dan ilustrasi keindahan yang dijangkau dari wanita Raga. Beliau seorang yang elegan, berkeyakinan, cantik dan memiliki kesantunan merentas zaman.”

Selain koleksi menawan Moonlight, Titan turut menawarkan jam tangan hebat yang sempurna dijadikan cenderahati sempena musim perayaan ini iaitu Edge, jam tangan kuarza paling runcing di dunia, kronograf dan multifungsi Octane serta Purple, jam tangan bercita rasa tinggi untuk pengguna kontemporari Malaysia. Semestinya anda akan rambang mata tetapi bukankah itu erti perayaan sebenar?

Comments

comments

Memulakan kerjaya penulisan sebagai wartawan di sebuah akhbar berbahasa Melayu tempatan dan berkhidmat selama empat tahun sebelum menyertai Pepatung sepenuh masa. Berpengalaman dalam penulisan rencana terutama berkenaan gaya hidup, profil, minat ramai, isu semasa, fesyen dan hiburan.

Tinggalkan Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *