Kemaluan lelaki kini menjadi trend di atas pentas peragaan

2
43

JANGAN betulkan mata anda. Ya, benar. Jika sebelum ini model wanita kerap memperlihatkan payudara mereka ketika berjalan di atas pentas peragaan, kali ini giliran model-model lelaki untuk tampil lebih daring.

RickOwen05

Ketika berlangsungnya pertunjukkan fesyen bagi koleksi Rick Owens Menswear F/W 2015/16 pada Minggu Fesyen Paris baru-baru ini, model-model lelaki dilihat memperagakan koleksi tersebut sambil menampakkan bahagian alat sulit mereka.

Rick Owens 05

Seorang model lelaki menggayakan pakaian berbentuk poncho dengan potongan hemline yang dibuat betul-betul pada bahagian depan sehingga membolehkan penonton melihat alat sulitnya.

Ada juga yang memperagakan baju yang dipotong terlalu tinggi sehingga menampakkan celang kelangkangnya. Selain itu, sebilangan model turut mengenakan pakaian yang tertutup pada bahagian luar tetapi terbuka di bahagian dalamnya.

Lihat selebihnya menerusi galeri di bawah:

2 KOMENTAR

TINGGALKAN RESPONS

Sila masukkan komen!
Masukkan nama anda di sini