Ke tepi Bieber! 8 ‘legenda’ kempen seluar dalam Calvin Klein paling seksi!

0
119
Sebelum1/9Seterusnya

Lapan wajah seksi CK

3-ck

AKHIRNYA ada khabar baik daripada Justin Bieber. Sejak kebelakangan ini, imej bintang pop dari Kanada ini tidak pernahnya positif. Namun kejutan kali ini cukup menggembirakan para peminatnya (Belieber), malah turut mengejutkan pemerhati industri seni dunia.

Muncul sebagai wajah rasmi bagi kempen seluar dalam Calvin Klein (CK) musim bunga 2015, foto-foto Bieber yang hanya berseluar dalam dan mempamerkan tubuh tegapnya kini hangat dibualkan para pengguna laman-laman sosial. Penyanyi berusia 20 tahun itu turut disertai model wanita dari Belanda, Lara Stone, 31, bagi menjayakan kempen #mycalvins tersebut.

4-ck

Dalam video kempen bersama Stone, Bieber mempamerkan bakatnya bermain dram dan diakhiri dengan aksi intim mereka berdua. Menerusi video komersial berasingan, Bieber dirakamkan dengan hanya berseluar dalam yang pasti membuatkan para peminatnya tidak berkelip mata.

Penyertaan Bieber dalam kempen seluar dalam CK ini telah membariskannya bersama beberapa aktor/model/atlet kacak yang sebelum ini turut meraih perhatian menerusi iklan memberahikan sebegini. Sempena pengenalan Bieber, Pepatung senaraikan lapan jejaka yang pernah tampil seksi dalam kempen seluar dalam CK! Percayalah, mereka jauh lebih menggoda dan macho berbanding Bieber.

Foto kredit: lifestyle/mdlplayers/hommemodel/calvinkleinexplore/nycang/imgkid/pixgood/markhwahlbergfan

TINGGALKAN RESPONS

Sila masukkan komen!
Masukkan nama anda di sini