Katalog Shelle’e Belle’e by Azura Couture

0
23
Sebelum1/9Seterusnya

LAN_9260 (1).jpg-c
AZURA Mazaruddin yang sinonim dengan busana perkahwinan dan haute couture di bawah jenama Azura Couture kini melahirkan sebuah label berkonsep ready to wear (RTW) dengan nama Shelle’e Belle’e by Azura Couture.

Rekaan di bawah bumbung jenama tersebut memberatkan terhadap keselesaan dan praktikiliti. Ia disediakan dalam pelbagai saiz dan sesuai digayakan secara kasual mahupun acara istimewa.

Direka menawan untuk wanita sama ada berhijab atau tidak, Shelle’e Belle’e juga mesra wuduk. Para ibu yang menyusukan anak turut memperoleh kemudahan praktikal menerusi setiap helaiannya yang berinovasi tetapi tetap kelihatan fashionable.

Penggunaan material yang fleksibel juga membolehkan wanita hamil tampil bergaya tanpa digusari perubahan bentuk badan.

Shelle’e Belle’e didatangkan dalam saiz bermula XS sehingga XL. Ia dijual bermula pada RM199 sehingga RM599 dan boleh didapati di butik Azura Couture.

Info Azura Couture / Shelle’e Belle’e:
Alamat: Butik Azura Couture, 275B, Jalan Bandar 11, Taman Melawati, 53100 Kuala Lumpur
Facebook: Azura Couture / Shelle’e Belle’e
Instagram: @azuracouture / @shellebelleofficial
WhatsApp: 011-1157 2091

TINGGALKAN RESPONS

Sila masukkan komen!
Masukkan nama anda di sini