Stail

Kasual kasut sarung espadrilles Cipela

By  | 

MENCARI kasut untuk bersantai pada hujung minggu atau mahukan sesuatu yang mudah dan pantas disarungkan tetapi masih menarik rekaannya? Koleksi espadrilles daripada Cipela merupakan alternatif terbaik.

1-espadrilles

Direka untuk semua peringkat usia sama ada lelaki mahupun wanita, espadrilles Cipela juga sempurna untuk pasangan yang menginginkan kasut sepadan bagi menyerlahkan sisi romantik.

Istimewanya espadrilles Cipela ini adalah ia tidak mempunyai perbezaan kiri dan kanan serta melekap kemas pada kaki tanpa perlu menyarungkan stoking.

6-espadrilles

Espadrilles Cipela lelaki disediakan dalam rekaan rona tunggal, berjalur (striped) dan bergaris (lined). Sang jejaka boleh memilih daripada warna biru navy, biru denim, coklat gandum (wheat), biru firus (turquoise), coklat sehinggalah kuning mustard.

2-espadrilles

Golongan wanita pula mempunyai lebihan variasi sama ada mahukan kasut bertapak rata (seperti lelaki), bertapak baji (wedges) atau bertapak rata (flat) berhias reben. Ia turut ditawarkan dalam rekaan rona tunggal, berjalur dan bergaris. Warna-warnanya pula terdiri daripada biru denim, biru firus, jingga tangerin, biru navy, biru, coklat, kuning mustard dan hitam.

7-espadrilles

Saiz bagi lelaki disediakan daripada 41 hingga 44 manakala wanita pula bermula daripada saiz 35 hingga 40.

Kasut espadrilles Cipela dijual pada harga bermula RM50 hingga RM98. Bagi mendapatkan espadrilles Cipela anda, layari laman web Cipelashoes hari ini.

4-espadrilles

Info Cipelashoes
Laman web: www.cipelashoes.com
Instagram: @cipelashoes / @cipelaespadrilles
Facebook: Cipela

Kredit foto: Cipelashoes

Comments

comments

Memulakan kerjaya penulisan sebagai wartawan di sebuah akhbar berbahasa Melayu tempatan dan berkhidmat selama empat tahun sebelum menyertai Pepatung sepenuh masa. Berpengalaman dalam penulisan rencana terutama berkenaan gaya hidup, profil, minat ramai, isu semasa, fesyen dan hiburan.

Tinggalkan Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *