Kaca mata New Balance gabung nilai sporty dan fesyen

0
109

NEW Balance kembali bersama barisan kaca mata menawan untuk tahun 2015 ini. Aksesori sarat fungsional dan fesyen itu dipecahkan kepada kaca mata hitam dan kaca mata optik yang pasti menepati cita rasa semasa ramai.

6-NB

Kaca Mata Hitam

Ekspresikan gaya hidup aktif anda bersama kaca mata hitam pelbagai warna menerusi Koleksi Kaca Mata Hitam (Sunglasses) New Balance (NB) 2015. Dua koleksi baharu dalam kategori ini, Stylish Groove dan Sporty Hues menampilkan rekaan menarik dan kontra warna dinamik yang amat terkenal dengan imej NB.

Malah golongan aktif termasuk atlet juga pasti teruja dengan pengenalan model berjisim ringan dan kanta polikarbonat (PC) rintang impak. Justeru, anda mampu bergerak tanpa batasan namun tetap kelihatan bergaya sepanjang musim bunga/panas tahun ini.

1) Stylish Groove

NB SUN 2014 ABC
Trend kaca mata hitam terhangat masa kini sudah tentunya bercirikan kombinasi warna. Maka rekaan seperti NB01041, NB01042 dan NB01043 amat sempurna untuk anda si fesyenista. Diperkemas dengan dua tona warna bersama rekaan kanta bercermin bergaya, aksesori ini semestinya melengkapi gaya hidup aktif anda.

2) Sporty Hues

NB SUN 2014 ABC
Tingkatkan prestasi kecergasan anda bersama kaca mata hitam sporty yang menggabungkan fungi dan fesyen ini. Selain berjisim ringan dan dilengkapi kanta PC rintang impak, rekaan seperti NB08042 dalam kelompok ini turut mencantumkan rekaan fiber karbon bersama warna kontra yang menarik. Ia sesuai digayakan ketika berbasikal, berlari dan mendaki.

Kaca mata hitam NB08039 dan NB08040 yang menampilkan pilihan rona hitam bersama kanta terkutub (polarised) pula menepati sukan seperti golf dan memandu atau aktiviti outdoor lain.

Kesemua kaca mata hitam koleksi ini dijual pada harga RM388.

Kaca Mata Optik

Tidak ketinggalan, Koleksi Optik New Balance 2015 yang turut mengutamakan rekaan sporty bergaya. Rona-rona tegas pada kasut NB dihidupkan ke dalam aksesori ultra nipis keluli tahan karat ini, disempurnakan oleh elemen-elemen menarik seperti perincian 3D boleh sentuh dan logo NB.

Kini NB memperkenalkan kaca mata yang diperbuat daripada nilon, direka dengan fleksibiliti tinggi agar sesuai dengan semua bentuk wajah serta tahan lasak.

1) Slim Strength

NB OPT 2014 ABC
Pelipis nipis dalam pelbagai warna. Direka menggunakan keluli tahan karat berjisim ringan, sekali gus menjadikan model ini tampak bertenaga apabila digayakan si pemakai. Ia tidak hanya dicipta untuk dipakai di atas padang. NB09004 umpamanya, menampilkan rekaan vintaj klasik seperti cengkerang kura-kura dan bentuk cermin bulat vintaj dalam warna klasik.

2) Active Fashion

NB OPT 2014 ABC
Rekaan penyerlah maskulin! Bahagian depan kaca mata yang berbentuk segi empat seperti NB09006 menyerlahkan sudut tahan lasaknya, selain ringan dan diperkemas logo NB secara menarik.

3) Streamlined Flair

NB OPT 2014 ABC
Aksesori dengan gaya dinamik. Model NB09001 contohnya, direka dalam rona tegas bersama corak-corak yang diinpirasikan daripada kasut NB pada bahagian dalam pelipis. Rekaan bergaya pada NB09002 pula mudah disuai padan bersama helaian fesyen jalanan dan sukan.

4) Avant-Garde Contours

NB OPT 2014 ABC
Pelipis sporty pada NB06138 asetat umpamanya, memaparkan logo NB metal stereoskopik dan bentuk berkontur boleh sentuh.

Kaca mata optik koleksi ini dijual pada harga bermula RM358 hingga RM498. Untuk keterangan lanjut sila kunjungi laman Facebook rasmi New Balance Eyewear Malaysia.

TINGGALKAN RESPONS

Sila masukkan komen!
Masukkan nama anda di sini