Kaca mata inspirasi vegetarian ic! berlin

0
40

PENGELUAR rangkaian cermin mata ic! berlin yang berasal dari Jerman, telah melancarkan dua keluaran edisi musim panas di Malaysia.

FOTO / FREQUENCE OPTIC

ic! berlin urban yang menggarap ciri-ciri estetika moden dan funky dijadikan tunggak gaya yang diserlahkan lagi dengan mainan warna yang tidak terlalu terang, dan pada masa yang sama mengekalkan elegan kepada si pemakai.

Menerapkan 3D printed, memberi perspektif baharu dengan kacukan teknologi hibrid seperti 3D printed mixture, warna plotic misalnya biru lembut danĀ beige.

Malah, ic! berlin juga bergandingan dengan pereka terkenal Jeremy Tarian. Koleksi kolaborasi tersebut mengetengahkan gaya retro kepada si pemakai dengan jeritan warna yang tampak jelas pada keseluruhan koleksi.

Idea vegetarian menyerlahkan gaya ala bersahaja dan menjadi titik fokus penggayaan koleksi duo ini.

Paduan warna seperti biru, jingga dan ungu banyan mendasari rekaan. Koleksi ini jelas dengan imbasan gaya tropika turut dikesan melalui setiap keluaran.

Seperti rekaan urban, ic! berlin x Tarian juga menerapkan teknologi mudah lentur dan anti lasak, sesuai dengan jiwa millenial yang semakin mara dan sesuai untuk mereka yang berkerjaya, sentiasa sibuk dan lasak.

Jeremy Tarian merupakan graduan Parsons School of Design, New York dan pernah bergandingan bersama HEAD School di Geneva untuk melancarkan koleksi baharu.

Semua rekaan telah dipasarkan di Malaysia bermula Mei 2017 dan boleh didapati di semua rangkaian wakil ic! berlin di seluruh dunia.

TINGGALKAN RESPONS

Sila masukkan komen!
Masukkan nama anda di sini