Butik JStore oleh Jovian Mandagie kini di KLIA!

0
71

jstore1

BERITA baik untuk semua Jovianista! Butik keempat JStore yang menawarkan seleksi pakaian sedia pakai (ready to wear) kini dibuka di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang, Selangor. Sambil menantikan penerbangan atau menunggu ketibaan ahli keluarga atau orang tersayang, penuhi masa itu dengan berkunjung ke JStore yang terletak di balai ketibaan domestik Gate A.

Selain helaian sedia pakai, kasut, tudung, beg tangan dan aksesori menawan, anda juga dapat menemui koleksi popular seperti Coco by Jovian, Chantilly by Jovian Mandagie for Zalora, J Abaya dan tidak ketinggalan, koleksi kasual Jfemme. Istimewanya, kesemua koleksi ini hanya dapat diperoleh di butik ini kerana lokasinya yang agak jauh dan eksklusif.

Dekorasi kayu yang melatari segenap butiknya pula menyerlahkan jalinan seri kontemporari dan moden. Susunan dan aturan pakaian serta aksesori dikoordinasi kemas bagi memudahkan pergerakan pelanggan sekali gus melancarkan proses pemilihan barangan.

“Membuka butik di KLIA adalah impian dan cita-cita saya. Sekarang dengan adanya JStore di KLIA, semua orang berkesempatan untuk membeli koleksi sedia pakai Jovian walaupun pada saat-saat akhir sebelum terbang,” kongsi Jovian Mandagie yang merupakan Ketua Pegawai Eksekutif merangkap pereka untuk jenama eponimnya.

 

KONGSI
Artikel sebelumnyaPeluang Menangi Kereta Bersama L’oreal Paris
Artikel seterusnyaBurger Double Down Maxx KFC kembali
Memulakan kerjaya penulisan sebagai wartawan di sebuah akhbar berbahasa Melayu tempatan dan berkhidmat selama empat tahun sebelum menyertai Pepatung sepenuh masa. Berpengalaman dalam penulisan rencana terutama berkenaan gaya hidup, profil, minat ramai, isu semasa, fesyen dan hiburan.

TINGGALKAN RESPONS

Sila masukkan komen!
Masukkan nama anda di sini