Stail

Jenama Marc by Marc Jacobs dihentikan pengeluaran

By  | 

INI bukan satu berita palsu. Menurut Women’s Wear Daily, jenama yang cukup terkenal dengan harga yang berpatutan itu bakal dihentikan pengeluarannya. Jangan panik, berita buruk ini tidak terhenti setakat itu sahaja.

Menurut laporan itu lagi, Marc Jacobs tidak meninggalkan jenama warna-warni itu sebegitu sahaja. Jenama tersebut bakal disatukan dengan label utamanya, Marc Jacobs.

MJ02

Pertukaran ini dibuat bagi mengumpulkan kesemua jenama Marc Jacobs di bawa satu bumbung. Kombinasi ini mampu menyatukan kesemua produk dengan kejelasan estetika masing-masing.

Dalam pada itu, penyatuan jenama tersebut merangkumi pelbagai jenis barangan dan tanda harga.

Comments

comments

Memulakan karier sebagai pembantu editorial untuk sebuah majalah bertemakan perkahwinan sekitar empat tahun yang lalu, langkah jejaka ini dalam bidang penulisan semakin berkembang tatkala idea untuk membina empayar kandungan digital Pepatung tercetus olehnya.

Tinggalkan Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *