Jelmaan dewi musim bunga/panas Afiq M

0
9
Sebelum1/9Seterusnya

Koleksi musim bunga/panas 2015 Afiq M

5- afiq m dewi

HELAIAN berpotongan seksi sering menjadi eksperimentasi pereka muda, Afiq Mohamed (Afiq M). Namun di bawah koleksi musim bunga/panas 2015, Afiq menghamparkan rekaan yang sesuai digayakan setiap kategori wanita.

Praktikal dan realistik menjadi kunci kepada koleksi baharu ini tetapi tetap mengekalkan signatur siluet femininnya.

Ia menghimpunkan 13 gaya meliputi item seperti baju (tops), seluar, skirt dan jaket. Penegasan terhadap fabrik double knit dan material yang tampak agak berat bagaimanapun bijak diimbangi agar keringanan setiap helaian dapat dikekalkan.

“Koleksi ini lebih versatil dan relaks berbanding koleksi terdahulu. Kini golongan wanita boleh menggayakan rekaan saya sama ada secara formal atau kasual.

“Penataan gaya yang dilihat dalam kempen koleksi ini memang seksi kerana saya mahu mengekalkan signatur jenama Afiq M. Bagaimanapun setiap item ini sebenarnya mudah disuai padan.

“Tunic top jingga misalnya boleh dipadankan dengan seluar. Begitu juga jaket yang boleh disatukan bersama tank top,” jelas Afiq ketika dihubungi Pepatung.

Koleksi musim bunga/panas 2015 Afiq M kini dibuka untuk tempahan. Hubungi nombor 019-271 8871 atau e-mel kepada afiqmofficial@gmail.com bagi menempah rekaan pilihan anda. Tambahan pula, setiap itemnya ditetapkan pada lingkungan harga yang berpatutan.

Info Afiq M
Instagram: @afiqmofficial
Facebook: AfiqMOfficial
E-mel: afiqmofficial@gmail.com
Telefon: 019-271 8871

TINGGALKAN RESPONS

Sila masukkan komen!
Masukkan nama anda di sini