Stail

Jam tangan ilham automotif klasik

By  | 

JENAMA jam tangan dari Zurich, Switzerland, SevenFriday telah berada di pasaran global selama hampir tiga tahun. Sejak dibangunkan secara rasmi pada Mei 2012 oleh Daniel Niederer, pengenalan rekaan jam tangan mereka dimulakan dengan penciptaan tiga model iaitu P1, P2 dan P3 yang menggunakan material serupa pada rekaan berbeza.

NIEDERER menubuhkan SevenFriday pada tahun 2012 dengan memperkenalkan tiga model pertama.

NIEDERER menubuhkan SevenFriday pada tahun 2012 dengan memperkenalkan tiga model pertama.

Baru-baru ini, Niederer datang ke Kuala Lumpur bagi meluangkan masa bersama beberapa wakil media tempatan dalam memperkenalkan dua koleksi terbaharu daripada SevenFriday. P3 BB ‘Big Block’ daripada model P3 dan M2-2 di bawah M-Series menjadi pertaruhan terkini jenama tersebut.

Selain sesuai digayakan oleh lelaki mahupun perempuan, rekaan terbaharu SevenFriday itu sememangnya menepati cita rasa moden individu tetapi masih mahu menyerlahkan elemen klasik pada diri. Berikut merupakan deskripsi dua jam tangan tersebut:

1) P3 BB ‘Big Block’

3-sf
Koleksi ini dihasilkan terhad untuk 350 unit jam tangan sahaja. Ia diinpirasikan daripada model kereta kategori muscle car Amerika Syarikat (AS) yang popular sekitar era 1960-an. Ketika itu, para pembuat kereta di AS memasukkan V8 monster berblok di bawah penutup (hood) bahagian enjin yang disokong oleh casis ringan dan rangka badan aerodinamik. Ubah suai itu berjaya menciptakan kenderaan yang hebat prestasinya di atas jalan.

Berpandukan penciptaan itu, SevenFriday menghasilkan koleksi jam tangan bermutu tinggi tersebut. Memilih pergerakan Miyota 82S7 automatik dari Jepun, roda baki terbukanya dapat dilihat jelas menerusi permukaan dail yang diperbuat daripada kaca mineral antirefleks. Bekas keluli tahan karatnya pula diselaputi PVD hitam pada bahagian dalaman bezel.

Sebagai penyempurna kemewahan, tali kulit hitam diperkemaskan bersama pelapik yang diinspirasikan daripada kerusi kereta sporty yang dapat ditemui pada muscle car. Dikhabarkan, jam tangan edisi terhad ini hanya terdapat kurang daripada 10 unit di Malaysia.

Harga: RM5,388

2) M2-2

4-sf
SevenFriday M-Series baharu memaparkan sentuhan rose gold. Diinpirasikan daripada jentera perkilangan ketika revolusi perindustrian yang diperbuat daripada tembaga dan besi tuang, M2-2 seperti rekaan terdahulu, berfungsi sebagai penunjuk masa tanpa jam, minit dan jarum kedua. Sebaliknya, ia bergantung kepada tujuh lapisan antara muka (interface) dengan 11 bahagian teraplikasi yang membolehkan tiga cakera khas bergerak dengan sendiri.

Turut dikuasakan oleh pergerakan Miyota 8215 automatik yang memiliki rizab kuasa mencecah 40 jam, roda baki terbukanya disembunyikan di bawah kemasan opalin, kusam (matt) dan satin. Bagi mengekalkan dimensinya dengan rekaan terdahulu, bekas keluli tahan karat berbentuk squircle (gabungan square iaitu segi empat dan circle iaitu bulatan) yang sama kini disalut PVD rose gold di sepanjang penjurunya termasuk plat identifikasi pada posisi pukul 3.

Harga: RM6,499

Kesemua jam tangan SevenFriday dijual secara eksklusif di butik Red Army Watches di seluruh Malaysia. Untuk informasi lanjut, kunjungi laman Facebook SevenFriday Malaysia atau Red Army Watches Malaysia.

Comments

comments

Memulakan kerjaya penulisan sebagai wartawan di sebuah akhbar berbahasa Melayu tempatan dan berkhidmat selama empat tahun sebelum menyertai Pepatung sepenuh masa. Berpengalaman dalam penulisan rencana terutama berkenaan gaya hidup, profil, minat ramai, isu semasa, fesyen dan hiburan.

Tinggalkan Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *