Jalinan Maskulin-Feminin Adri Anuar LTD

0
10
Processed with VSCOcam with hb2 preset

MASIH baharu tetapi mempunyai potensi meyakinkan. Permulaan jenama Adri Anuar LTD dalam industri fesyen tanah air perlu diperhatikan. Mata-mata gaya mesti memberi peluang dan ruang buat pelapis muda ini.

Helaian maskulin untuk wanita Pale 2015/2016 dipertaruhkan sebagai produk awal bagi melakar nama. Ringkas namun menarik. Serta-merta rekaannya menangkap perhatian mata yang melihat.

Apatah lagi apabila kemeja (shirt) dan seluar (trousers) dipersembahkan dalam rona biru diraja dan disempurnakan dengan potongan clean line serta siluet yang memudahkan si pemakai.

“Adri Anuar LTD masih mengekalkan DNA rujukan terhadap identiti pemberontakan gaya dalam kalangan fesyen belia,” ujar pereka di sebalik jenama eponim tersebut, Adri Anuar.

Bagi mendapatkan helaian moden menawan ini, bolehlah membuat pra tempahan menerusi e-mel adrianuarltdclo@yahoo.com

Info:
Facebook: ADRI ANUAR LTD
Instagram: @adrianuarltd

Foto: @pitabrhm

KONGSI
Artikel sebelumnyaBeat Blast Kuala Lumpur @ #KLLGF 2015
Artikel seterusnyaOne Direction bakal berpecah pada Mac 2016

Memulakan kerjaya penulisan sebagai wartawan di sebuah akhbar berbahasa Melayu tempatan dan berkhidmat selama empat tahun sebelum menyertai Pepatung sepenuh masa. Berpengalaman dalam penulisan rencana terutama berkenaan gaya hidup, profil, minat ramai, isu semasa, fesyen dan hiburan.

TINGGALKAN RESPONS

Sila masukkan komen!
Masukkan nama anda di sini