Idealistik Wanpa Bridal 2017

0
6

PADUAN idea ‘beauty and conflict’ berjaya menonjolkan keunikan koleksi busana pengantin (perkahwinan) Wanpa 2017. Kesemua 17 rekaan diterjemah menawan meliputi persalinan untuk majlis bersanding, nikah, pra perkahwinan (pre wedding) dan bridal shower.

“Ada orang sukakan busana perkahwinan tradisional seperti songket dan les (lace), namun terdapat juga kelompok yang mahukan gaya minimalis dan ceria. Bagi memenuhi cita rasa kedua-duanya, kita hasilkan koleksi yang seimbang.

“Justeru, kami memperkenalkan helaian ringkas seperti baju T dan sweat shirt yang sesuai dipakai untuk gaya pra perkahwinan.

“Bakal pengantin bebas untuk menetapkan gaya tersendiri, tanpa terikat oleh tradisi. Mereka tidak semestinya memakai persalinan songket atau baju kurung bermanik pada malam berinai,” jelas pereka di sebalik Wanpa, Ridzuan Ismail kepada Pepatung.

Koleksi bertemakan ‘Amour Blanc, White Love’ itu juga mengangkat perlambangan cinta yang suci dan murni dengan memberi dominasi kepada rona putih. Mencantumkan potongan duyung berserta draping yang romantis, ia turut diberi potongan boxy bagi menyerlahkan kelainan rekaan.

Les, tulle dan satin merupakan antara fabrik yang digunakan untuk koleksi yang dipertontonkan kepada umum buat kali pertama pada acara Wedding KL 2017 anjuran Andrew Models di Mandarin Oriental, Kuala Lumpur baru-baru ini. Berikut kami kongsikan saranan penggayaan daripada Wanpa sebagai panduan untuk anda merencana hari bahagia anda.

1) Bridal Shower / Pra Perkahwinan

Baju T yang dipadankan bersama skirt untuk gaya ceria. Helaian ini sesuai untuk parti bridal shower yang dihadiri para pengiring (bridesmaid) pengantin perempuan. Sweat shirt dan baju T statement dengan cetakan ayat yang comel dan lucu seperti; Keep Calm I Can’t I’m The Bride dan Bridezilla pasti menjadikan parti anda satu momen menyeronokkan untuk dikenang.

2) Dres Pra Perkahwinan

Rekaan yang sesuai untuk resepsi yang sederhana.

3) Dres Nikah

Menepati cita rasa mereka yang selesa tampil dalam gaya ringkas dan sopan.

4) Gaya Resepsi

5) Dres Resepsi

Moden dan minimalis untuk mereka yang bukan beragama Islam atau pengantin moden yang mengadakan majlis bersifat privasi.

INFO WANPA:
Instagram: @wanpaofficial
Facebook: House Of Wanpa

TINGGALKAN RESPONS

Sila masukkan komen!
Masukkan nama anda di sini