Idea bisnes diciplak kawan, ditipu RM10,000, dua usahawan muda tak putus asa

1
53

PERNAH ditipu dan menghadapi pelbagai rintangan sebelum berjaya, dua usahawan Melayu muda, Zahir Ariffin dan Saidatul Amin kini fokus dan terus bangkit dalam perniagaan.

“Dua tahun lepas, saya bersama Saidatul dan juga seorang rakan ingin memulakan perniagaan pakaian dan kosmetik. Malangnya, idea kami telah dicuri dan rakan kami itu memulakan perniagaan tanpa kami berdua,” imbas Zahir yang juga seorang model sambilan.

FOTO/@SAI.RTW

Mereka berdua juga pernah ditipu dengan kerugian mencecah hampir RM10,000.

Perasaan ingin putus asa itu pernah dirasai. Namun, saya tenangkan diri dan fokus kepada kerja-kerja lain” tambah Zahir.

Dengan sokongan rakan-rakan, pada pertengahan Mei lalu, Zahir dan Saidatul memulakan perniagaan tudung bawal. Mengambil semangat Aidilfitri yang akan menjelang tidak lama lagi, duo tersebut mengeluarkan sedikit modal peribadi untuk memulakan perniagaan tersebut.

Kelainan tudung bawal keluaran SAI.RTW adalah saiz tudungnya yang lebar dan boleh dipelbagaikan gaya.

Anggaran jumlah yang kami hasilkan tidak banyak, sekitar 200 helai sahaja. Kami ingin melihat penerimaan, dan Alhamdulillah, dengan teknik pemasaran yang baik, dibantu pengikut Saidatul di laman Instagram, semua stok tudung habis dijual,” Zahir berkongsi kegembiraan.

FOTO/@SAI.RTW

Sempena Aidilfitri kali ini, 20 pelanggan terawal diberikan potongan harga kombo. Pelanggan juga boleh membuat tempahan di SAI.RTW selewat-lewatnya 21 Jun 2017.

Ditanya adakah mereka akan mengembangkan meneruskan perniagaan selepas Aidilfitri: “Ya kami akan meneruskan perniagaan dengan produk seperti selendang dan baju-baju yang lebih santai. Saya juga akan membuka perniagaan food truck di Kuala Lumpur dengan menu istimewa iaitu sup tulang kicap.”

Walaupun banyak dugaan dihadapi, ia tidak menjadi penghalang kepada Zahir dan Saidatul untuk terus mencuba mencipta kejayaan. Mereka juga berhasrat untuk mengembangkan perniagaan ke Indonesia suatu hari nanti.

1 KOMENTAR

TINGGALKAN RESPONS

Sila masukkan komen!
Masukkan nama anda di sini