Hitam Putih Kolaborasi Nivea Men X Rizman Ruzaini

0
39

PADA 7 September lalu bertempat di Bukit Bintang, Kuala Lumpur, berlangsungnya pelancaran kerjasama di antara Nivea Men dan Rizman Ruzaini. Sejajar dengan kolaborasi bersejarah tersebut, sebuah kiosk (gedung sementara) telah didirikan di Bukit Bintang dan beroperasi selama seminggu (hari terakhir adalah semalam pada 13 September 2016).

nivea-men-bw-3-jpg-c

Selain perasmian rangkaian deodoran antikesan Nivea dan Nivea Men bersempena kempen ‘Don’t Stain Your Favourite Outfit’ pada hari tersebut, pereka duo tempatan itu turut melancarkan 12 rekaan istimewa dengan projek bersama tersebut.

Kesemua 12 helaian diilhamkan daripada rona hitam putih, bertepatan dengan tema Nivea dan Nivea Men Deodorant Invisible for Black & White. Ia juga merupakan keluaran sulung koleksi lelaki bersama jenama lain oleh Rizman Ruzaini.

Serentak dengan kempen tersebut, Nivea Men juga menganjurkan peraduan di seluruh negara bermula 1 September hingga 30 September 2016. Peserta berpeluang memenangi hadiah bernilai RM40,000 termasuk koleksi istimewa Rizman Ruzaini dengan petikan kata-kata peribadi mereka tertera padanya.

Untuk maklumat lanjut, layari laman Facebook Malaysia Nivea Men di www.facebook.com/myniveamen.

Boleh didapati dalam bentuk semburan dan bebuli, Nivea/Nivea Men Deodorant Invisible for Black & White berbau segar dan lembut menawan, membuat anda terasa segar dan kering sebaik sahaja digunakan.

bkb_2331-jpg-c

Rangkaian deodoran antikesan Nivea/Nivea Men masing-masing berharga RM5.50 (bebuli 25ml), RM10.50 (bebuli 50ml) dan RM16.90 (semburan 150ml). Produk boleh didapati di semua farmasi, pasar raya dan pasar raya hiper di seluruh negara.

KONGSI
Artikel sebelumnyaTerapi Muzik Simple Plan
Artikel seterusnyaEnergetik Simple Plan

Memulakan kerjaya penulisan sebagai wartawan di sebuah akhbar berbahasa Melayu tempatan dan berkhidmat selama empat tahun sebelum menyertai Pepatung sepenuh masa. Berpengalaman dalam penulisan rencana terutama berkenaan gaya hidup, profil, minat ramai, isu semasa, fesyen dan hiburan.

TINGGALKAN RESPONS

Sila masukkan komen!
Masukkan nama anda di sini