Gondola31 Kajang dibuka esok! 500 hadiah untuk pengunjung terawal

0
65

BERITA baik kepada pencinta fesyen khususnya di sekitar Lembah Klang, butik vendor terbesar di Meru Raya, Ipoh, Perak dan Wilayah Utara, Gondola31 membuka cawangan keduanya di Saujana Impian Kajang, Selangor secara rasmi pada 28 Mei 2017 (Ahad).

Menurut salah seorang Pengasas Gondola31, Mohd. Nor Nizam Baharudin, butik Gondola31 Kajang yang merupakan kerjasama dengan IMZA Bersatu Sdn. Bhd, menyasarkan 50 jenama popular tempatan untuk menawarkan sekali gus memasarkan produk keluaran mereka di sana.

Menariknya, selain tudung, pengunjung juga berpeluang membelek dan memiliki koleksi jubah, blaus, beg, kasut, akesesori, set kosmetik dan produk kesihatan di bawah satu bumbung.

“Setakat ini, lebih daripada 20 jenama seperti Osra, JananhNoe, Redaudra, Bybainny, Aishawong dan Nazrai Hijab Pin serta jenama Aleza yang diterbangkan khas dari Jakarta, Indonesia telah berdaftar bersama Gondola31 Kajang untuk menjual produk mereka pada hari pembukaan.

“Bagaimanapun, kepada pengusaha pakaian, kosmetik, beg, kasut atau produk kesihatan yang berminat untuk menyertai butik Gondola31 Kajang, peluang keemasan ini masih terbuka dan kami amat mengalu-alukan penyertaan dan sokongan daripada anda,” katanya yang turut mengusahakan Gondola31 bersama rakannya Norazura Md. Posdzi.

Tambah Mohd. Nor Nizam, selepas melihat sambutan yang cukup menggalakkan daripada warga Perak dan Wilayah Utara di Gondola31 Ipoh, pihaknya optimis untuk terus mengukuhkan jenama Gondola31 dalam industri vendor fesyen dengan melebarkan sayap baharu di Kajang.

“Kajang menjadi pilihan kerana faktor lokasi yang strategik bersebelahan Stesen MRT Sungai Jernih. Secara tidak langsung, kami membantu pengunjung daripada terperangkap dalam kesesakan jalan raya.

“Selain itu, pembukaan Gondola31 Kajang juga membolehkan kami menawarkan pengunjung di radius berbeza berbanding rangkaian butik vendor sedia ada yang rata-ratanya beroperasi di Bangi dan Shah Alam,” ujarnya.

Sementara itu, Pengarah Imza Bersatu Sdn. Bhd., Syazana Azmi berkata, orang ramai dijemput hadir memeriahkan majlis pembukaan Gondola31 Kajang esok bermula pukul 11 pagi hingga 10 malam.

“Pelbagai acara menarik ditawarkan pada hari istimewa ini termasuklah 500 beg cenderahati menarik bakal dibawa pulang oleh pembeli terawal. Hadiah lumayan bagi sesi cabutan bertuah juga sedia untuk dimenangi pelanggan.

“Selain menikmati pengalaman membeli-belah koleksi fesyen pelbagai jenama di bawah satu bumbung, pengunjung juga berpeluang bermesra dengan artis jemputan tanah air,” kongsinya.

Syazana juga bakal mengumumkan pelancaran kempen Aidilfitri #GigaRaya Gondola31 yang berlangsung secara serentak di Gondola31 Kajang dan Gondola31 Ipoh sehingga hari raya nanti.

Info Gondola31 Kajang
Lokasi : Gondola 31 Kajang, Saujana Impian Kajang (bersebelahan Stesen MRT Sungai Jernih)
Telefon: 019- 446 7644
E-mel: info.gondola31kajang@gmail.com
Instagram: @gondola.31kajang
Facebook: gondola.31 boutique kajang

TINGGALKAN RESPONS

Sila masukkan komen!
Masukkan nama anda di sini