Gondola31 destinasi fesyen setempat warga utara

0
57

BERITA baik untuk orang utara! Selepas ini anda tidak perlu lagi bersusah-payah turun ke Kuala Lumpur bagi mengunjungi butik ternama pilihan anda. Bermula 8 November 2015, anda hanya perlu ke Gondola31, butik vendor terbesar yang bakal menghimpunkan 100 jenama terkemuka tanah air.

IMG_8931.jpg-c

Beroperasi di Meru Raya, Ipoh, Perak, Gondola31 kini telah berjaya mengumpulkan lebih daripada 50 jenama fesyen tempatan yang akan menawarkan produk-produk seperti pakaian muslimah, jubah, tudung, kasut dan barangan kecantikan.

Antara jenama yang berdaftar di bawah Gondola31 termasuklah Jubah Souq, Minaz, Naelofarhijab, DistroKL, Modest Culture, Dokoh, SincerelybyUs, Osra, byabsolute, Imaan Boutique dan Madre.

Pengasasnya Norazura Md. Posdzi berkata, kewujudan Gondola31 adalah bagi membolehkan pelanggan menikmati pengalaman membeli-belah dengan pilihan lebih 60 barangan daripada jenama-jenama fesyen terkenal di bawah satu bumbung.

Sebagai vendor butik terbesar di Perak, ia siap untuk menjadi destinasi fesyen berpusat kepada masyarakat utara tanah air.

Norazura menyasarkan untuk menerima lebih 100 jenama dalam tempoh setahun operasi. Penyertaan bagi menempatkan produk di Gondola31 pula masih terbuka.

12142474_2102921426513487_847877868_n.jpg-c

Perasmian Gondola31 pada 8 November depan juga bakal melibatkan kehadiran vendor-vendor selebriti termasuklah Rozita Che Wan. Operasi harian dijangka bermula dari pukul 10 pagi hingga 8 malam dan dibuka setiap hari kecuali Isnin.

Info Gondola31:
Alamat: No.31-g, Jalan Meru Bestari B9, Bandar Meru Raya, 30020 Ipoh, Perak
E-mel: info.gondola31@gmail.com
Facebook: Gondola.31
Instagram: @gondola.31

Kredit foto: Gondola31

TINGGALKAN RESPONS

Sila masukkan komen!
Masukkan nama anda di sini