Gisele Bündchen undur diri

0
2

BAGAIKAN sudah menjadi satu trend, selepas model Karlie Kloss mengumumkan bersara daripada berjalan untuk jenama pakaian dalam terkemuka, Victoria’s Secret, kini giliran supermodel tersohor, Gisele Bündchen untuk melantunkan ungkapan sayonara.

Menurut laporan yang diterbitkan menerusi portal Moda Estadão, model yang sudah 20 tahun berjalan di atas pentas peragaan itu bakal menamatkan tugasnya selepas berjalan untuk Colcci pada Minggu Fesyen São Paulo yang bakal berlangsung pada April depan.

Keputusan itu boleh dikatakan istimewa kerana Gisele mempunyai sejarah yang tersendiri dengan jenama berkenaan.

Mungkin kelibat wanita berusia 34 tahun itu tidak akan kelihatan pada minggu-minggu fesyen yang akan datang, tetapi, Gisele masih lagi aktif menjayakan sesi fotografi untuk majalah mahupun kempen iklan.

TINGGALKAN RESPONS

Sila masukkan komen!
Masukkan nama anda di sini