Stail

Gaya safari Bianco Mimosa Raya 2015

By  | 

SEKSI, berani dan berkarisma. Itu nilai yang ditonjolkan dalam koleksi raya terbaharu di bawah jenama Bianco Mimosa. Menerusi Safari Flora Fauna Mimosa Raya 2015, sebanyak 118 helaian sarat elemen alam semulajadi dipersembahkan penuh bergaya pada tahun ini.

Sepertimana kata Pengasasnya, Datuk Ida Suraya Mustapha, sambutan Hari Raya Aidilfitri bukan sehari dua malah perayaan itu disambut selama sebulan jadi, beliau mengambil inisiatif tersebut untuk menterjemahkan rekaan yang boleh dipadankan sepanjang lebaran kelak.

“Saya mengembara ke seluruh dunia untuk mengumpulkan fabrik berkualiti menepati tema safari flora fauna tahun ini dan akhirnya berjaya menyatukan helaian demi helaian bagi melengkapkan koleksi Safari Flora Fauna Mimosa Raya 2015,” ujarnya pada majlis pertunjukan fesyen Bianco Mimosa di Hotel Royale Chulan, Kuala Lumpur baru-baru ini.

IMG_8593-510x600

Foto/ Bianco Mimosa

Mengangkat nilai estetika dan keunikan corak pada badan harimau bintang, ironi kepada keberanian wanita zaman kini berfesyen, koleksi yang banyak bermain dengan persembahan warna-warna terang itu disuntik elemen kelembutan dengan pemilihan fabrik sifon, crepe dan sutera pada beberapa helaian jubah dan baju kurung.

Harus diakui, Bianco Mimosa bijak memadankan letusan warna ceria bersama sulaman manik di beberapa bahagian tertentu pada helaian baju kurung tradisional yang masih mengekalkan ciri-ciri asli busana tradisi itu. Pilihan fabrik sutera Thailand dan broked menambahkan seri anggun pada persalinan tersebut.

Pepatung tertarik pada rekaan jubah dan kaftan cetakan corak harimau bintang. Menggunakan fabrik crepe dengan potongan lengan Kimono menjadikan helaian tersebut bersifat santai dan amat sesuai digayakan untuk acara rumah terbuka Aidilfitri misalnya.

DSC_4152

Foto/ Bianco Mimosa

Mungkin ada yang beranggapan cetakan safari seperti corak harimau bintang agak melampau untuk digayakan pada sambutan Hari Raya Aidilfitri, namun dalam perihal berfesyen ia cetakan sedemikian bakal menambahkan aura dan keyakinan kepada pemakai. Cuma, pastikan ia dipadankan dengan aksesori dan solekan yang tidak keterlaluan hingga menjadikan anda seperti badut.

IMG_8974

Foto/ Bianco Mimosa

Bagi peminat fesyen juga pembeli tegar di atas talian (online), bolehlah mendapatkan pilihan koleksi baju raya dari Bianco Mimosa di www.biancomimosa.com. Dapatkan potongan sebanyak 20% bagi pelanggan yang walk – in ke butik Bianco Mimosa yang terletak di Sungai Buloh.

 

Info Safari Flora Fauna Mimosa Raya 2015
1) Jubah/ Kaftan
Harga: RM299 – RM699
Saiz: S/M/L/XL/XXL
2) Kurung
Harga: RM199 – RM699
Saiz: S/M/L/XL
Alamat Butik : No.48-G , Jalan Nautika , B U20/B , Pusat Komersial TSB , 40160 Sg.Buloh , Selangor.
Katalognya di bawah:

 

 

 

Comments

comments

Selepas lima tahun bersama akhbar berbahasa Melayu tempatan, penulis memanjangkan langkah dalam bidang rekaan fesyen bersama label peribadi. Kecintaan terhadap dunia penulisan dilanjutkan bersama Pepatung berbekalkan pengalaman skop hiburan, pelancongan dan biografi.

Tinggalkan Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *