Gaya memukau Yuna dalam Vogue Arabia

0
46

PENYANYI negara yang kini berpangkalan di Amerika Syarikat, Yunalis Zarai (Yuna), 30, kini semakin melakar nama di peringkat antarabangsa. Terbaharu, Yuna menjadi artis Malaysia pertama muncul dalam majalah Vogue Arabia.

FOTO / ASTRO GEMPAK

Dengan headline, ‘Hijabi Crush’, menyerlahkan imej Yuna sebagai muslimah yang masih mengekalkan ciri-ciri Islamik, dan pada masa yang sama berjaya mencipta nama dalam industri muzik global.

Yuna tampil menawan dalam busana rekaan pereka fesyen tanah air, Hatta Dolmat. Penyanyi lagu Crush tersebut turut berkongsi beberapa keping gambar di laman instagramnya.

FOTO / ASTRO GEMPAK
Vogue Arabia merupakan majalah keluaran khas untuk pasaran Arab Saudi, Qatar, Kuwait, Oman, Emiriyah Arab Bersatu dan Bahrain.
FOTO / ASTRO GEMPAK

Yuna dikhabarkan akan pulang ke tanah air pada 29 Julai untuk membuat persembahan anjuran Uber Malaysia.

Menurut kenyataan dari Uber Malaysia, lokasi persembahan hanya akan diumumkan menjelang tarikh persembahan kelak.

TINGGALKAN RESPONS

Sila masukkan komen!
Masukkan nama anda di sini