Stail

Gaya Feminin Metropolitan Dokoh Basic Series 2017

By  | 

BLAUS dan palazzo adalah gandingan ringkas untuk wanita yang mahukan penampilan santai tetapi ranggi. Jenama pakaian tempatan, Dokoh, telah melancarkan koleksi Basic Series 2017 yang mengadaptasi elemen keringkasan pakaian dan menitikberatkan aspek fungsional, keselesaan serta stail.

FOTO: (DARI KIRI) BLAUS BERBUTANG BELAKANG DAN PALAZZO PLEATED (BIRU LEMBUT), BLAUS BERBUTANG BELAKANG DAN PALAZZO PLAIN (MERAH JAMBU LEMBUT) & BLAUS BERBUTANG BELAKANG DAN PALAZZO PLEATED (WARNA TANAH).

Di bawah koleksi baharu tersebut, tiga jenis blaus direka bagi memenuhi cita rasa setiap penonton yang pelbagai. Blaus berbutang belakang (back button blouse) dipersembahkan dengan potongan lengan tiga suku (paras lengan), berleher bulat dan belahan di sisi kanan dan kiri baju. Meminjam gaya kurung Kedah, blaus berbutang satu di bahagian leher belakang itu didatangkan dalam warna tanah (nude), merah jambu lembut (rose pink) dan biru lembut (baby blue).

Rekaan kedua pula menampilkan blaus berzip belakang (back zip blouse) dengan potongan sedikit labuh. Disediakan dalam rona tonah, kelabu (grey) dan merah jambu lembut, blaus tersebut sesuai untuk mereka yang mengutamakan kesopanan dalam berpakaian. Tidak ketinggalan, blaus/kemeja mini berkolar Mandarin yang menjadi rekaan ketiga koleksi tersebut. Empat variasi warna; tanah, merah jambu lembut, biru lembut dan kelabu menjadikan ia helaian sempurna untuk digayakan ke pejabat atau ke kuliah.

FOTO: BLAUS BERZIP BELAKANG DAN PALAZZO PLAIN (MERAH JAMBU LEMBUT), BLAUS BERZIP BELAKANG DAN PALAZZO PLAIN (WARNA TANAH) & BLAUS BERZIP BELAKANG DAN PALAZZO PLEATED (KELABU).

Menariknya Basic Series 2017 adalah alternatif pelengkap yang ditawarkan kepada pengguna. Dokoh turut menambah dua rekaan palazzo baharu bagi memperkemaskan penampilan wanita metropolitan. Palazzo pleated (berlisu) dengan lisu di bahagian depan menjadikan ia moden, unik dan hip untuk dipadankan sedondon bersama blaus berona senada. Sama ada warna kelabu atau tanah, ketiga-tiga jenis blaus di bawah koleksi itu pasti menawan apabila disatukan bersama palazzo.

Begitu juga apabila anda memilih palazzo plain yang lebih minimalis. Direka bersama poket sisi, palazzo plain Dokoh juga boleh disuaipadan bersama blaus-blaus terkini jenama itu. Palazzo plain ditawarkan dalam warna tanah, merah jambu lembut dan kelabu. Kesemua blaus dan palazzo koleksi Basic Series 2017 disediakan dalam saiz S/M dan L/XL.

FOTO: KARDIGAN LABUH CAMELLIA RONA OFF WHITE.

Bagi mereka yang sukakan kardigan atau outerwear yang mudah disarung sebagai penyempurna gaya, pilihlah kardigan labuh (wrapped) Camellia daripada Dokoh. Ditampilkan dalam rona jingga dan putih pudar (off white), kardigan labuh yang diperbuat daripada fabrik sifon berkualiti itu pasti mempesona jika dipakai ke tepi pantai atau sekadar berjalan santai di pusat beli-belah. Ditetapkan dalam saiz bebas (free), potongannya yang longgar pasti sesuai untuk semua bentuk badan.

FOTO: KARDIGAN LABUH CAMELLIA RONA JINGGA.

Kesemua helaian di bawah koleksi Basic Series 2017 kini boleh didapati di butik vendor Physicon Malaysia (Bangi Sentral) dan Gondola31 (Ipoh). Bagaimanapun, kardigan labuh Camellia hanya boleh diperoleh secara eksklusif di Physicon Malaysia.

Info
Dokoh Basic Series 2017
– Blaus berbutang belakang: RM49
– Blaus berzip belakang: RM59
– Blaus/kemeja mini berkolar Mandarin: RM69
– Palazzo pleated: RM69
– Palazzo plain: RM59

Dokoh Outerwear 2017
– Kardigan labuh (wrapped) Camellia: RM99

Capaian:
– Laman web: www.dokoh.com.my
– Instagram: @dokohmy
– Facebook: Dokoh
– Telefon: +6017-609 5415 (WhatsApp sahaja) / +603 8912 3994  (Showroom)
– Alamat: 6-35-1 (LG), Jalan Medan PB8A, Bangi Sentral, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor

Comments

comments

Memulakan kerjaya penulisan sebagai wartawan di sebuah akhbar berbahasa Melayu tempatan dan berkhidmat selama empat tahun sebelum menyertai Pepatung sepenuh masa. Berpengalaman dalam penulisan rencana terutama berkenaan gaya hidup, profil, minat ramai, isu semasa, fesyen dan hiburan.

Tinggalkan Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *