Stail

Gaya chic dan moden koleksi Scha X Fashion Valet

By  | 

SELEPAS Nora Danish, kini Fashion Valet mengangkat Scha Al-Yahya sebagai bintang fesyennya yang terbaharu. Kolaborasi di antara dua nama besar itu mencetuskan ilham fesyen yang sungguh praktikal dan bergaya. Semestinya stail Scha yang moden dan ringkas menjadi inti pati utama.

2-scha fv

GAYA ringkas dan moden menjadi inti pati kepada koleksi baharu ini.

Terdapat 11 rekaan yang ditampilkan dalam koleksi ini dan setiap satu daripadanya dipelbagaikan dengan gabungan warna berbeza. Apabila berbicara tentang warna, rona terang pasti tidak akan lari daripada gerobok seorang fesyenista. Jadi usah risau kerana koleksi kali ini menyediakan variasi palet bermula daripada rona terang sehingga rona pastel.

3-scha fv

SKIRT The Calla ini didatangkan dalam pelbagai rona mengikut cita rasa anda.

Siluet rekaannya juga tidak ketat dan menjadikan setiap itemnya sesuai untuk digayakan wanita berhijab. Pilihan peribadi penulis adalah rekaan seluar The Plumeria yang memaparkan perincian bak kain melayang di bahagian belakang, skirt The Calla yang hadir dengan perincian ala pleats di bahagian hadapan dan blaus The Ivy yang mempunyai perincian ropol bunga tiga dimensi (3D).

4-scha fv

SELUAR The Plumeria ini ditambah dengan perincian bak kain melayang di bahagian belakang.

Ketiga-tiga item itu memiliki penegasan fesyen yang cukup jelas dan apabila anda menyarungkannya pasti seluruh mata akan mengerling. Koleksi terkini itu boleh dibeli secara dalam talian menerusi laman web Fashion Valet bermula 2 April 2015.

Comments

comments

Pernah berkhidmat sebagai penerbit sebuah rancangan televisyen tempatan. Penulis merupakan individu yang sukakan fesyen tetapi tidak gemar mengelaskan dirinya dalam kelompok fesyenista. Baginya fesyen adalah subjek kreatif yang membuatkan dunia lebih indah dan bukannya perlumbaan siapa yang lebih stailo.

1 Comment

  1. Princess MOMOY

    28 March 2015 at 9:44 PM

    tak sabar tunggu. haip

Tinggalkan Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *