Funky Jejaka Crocs

0
31

SAMA ada kasut, flip flop, sandal separuh bertutup (clog) atau sandal jenis kasual mahupun lasak (sporty), kesemua rekaan Crocs kali ini mampu memberi keselesaan dan gaya menarik kepada sang jejaka. Penggunaan bahan berinovasi seperti Croslite untuk koleksi Flat Crocs sememangnya menjamin kelancaran langkah si pemakai sepanjang hari.

Anda boleh memilih daripada variasi sepatu kasual atau lasak. Gabungan elemen kasut sarung (boat shoes) dan sandal bagi membentuk sandal separuh bertutup menerusi Beach Line Clog membolehkan ia disarungkan untuk kegunaan di darat mahupun air. Lelaki ranggi yang tidak gentar bermain warna pula pasti menggemari rona merah jambu pada flip flop Chawaii Flip, sempurna dengan musim panas ketika ini.

Chawaii Flip_Creative Product

Paduan dua bahan inovasi Croslite diterapkan pada kasut sarung Men’s Beach Line Boat Slip-on turut diliputi tekstil bergaya di bahagian atasnya. Melengkapi seleksi sepatu lasak Crocs kali ini ialah Stretch Sole Lace-Up Men yang direka lebih besar berbanding kasut bertapak lembut (sneaker) biasa untuk keselesaan optimum. Kesemua pilihan ini boleh didapati di semua butik Crocs di seluruh negara.

Harga: Beach Line Clog (RM249), Chawaii Flip (RM89), Men’s Beach Line Boat Slip-on (RM309) dan Stretch Sole Lace-Up Men (RM329)

KONGSI
Artikel sebelumnyaBeli-Belah Hari Natal Cara Jourdan Dunn
Artikel seterusnyaInovasi Stailo Musim Bunga/Panas 2015 Uniqlo
Memulakan kerjaya penulisan sebagai wartawan di sebuah akhbar berbahasa Melayu tempatan dan berkhidmat selama empat tahun sebelum menyertai Pepatung sepenuh masa. Berpengalaman dalam penulisan rencana terutama berkenaan gaya hidup, profil, minat ramai, isu semasa, fesyen dan hiburan.

TINGGALKAN RESPONS

Sila masukkan komen!
Masukkan nama anda di sini