Stail

Dominasi retro asimilasi kontemporari Retrocraft

By  | 

HASIL pertukangan terbaik Itali dapat dilihat jelas pada jenama kaca mata baharu, Retrocraft. Mempertaruhkan dominasi retro dengan asimilasi kontemporari, barisan aksesori ini sangat sempurna untuk digayakan terutama masa kini, ketika kegemilangan fesyen era 1970-an kembali dikomersialkan.

retrocraft 9

Gaya klasik yang kini kembali ditampilkan oleh nama-nama besar Hollywood seperti Rihanna, Gwen Stefani dan kembar Olsens.

Retrocraft yang mula dipasarkan di Malaysia sejak September lalu membina prestij antarabangsa sebagai kaca mata dengan kemahiran dan rekaan berkualiti tinggi. Jenama Itali ini menghamparkan aksesori berjiwa moden yang diperbuat daripada material-material terbaharu berpandukan konsep yang terkehadapan.

Hanya dengan memegang sepasang cermin mata Retrocratf, anda akan merasai fleksibilitinya pada bahagian engsel (hinge) dan keringanannya yang menggunakan titanium serta asetat sebagai teras material. Sebahagian rekaan juga mempunyai bentuk potongan wajik (diamond shaped) pada engsel yang pasti mengejutkan anda.

Variasi cermin mata Retrocraft dapat memenuhi cita rasa setiap individu. Sama ada oversized aviator, clubmaster, cat-eye ataupun circle frame. Kesemua jenis rekaan Retrocraft sesuai dipadankan untuk gaya formal, kasual ataupun harian. Paling penting, ia bersifat fungsional!

Info Retrocraft:
Harga: RM860 hingga RM890
Lokasi: Di semua kedai optik / cermin mata utama seluruh Malaysia
Laman web: www.retrocrafteyewear.com
Facebook: Retrocraft Eyewear Malaysia
Instagram (hashtag): #RetrocraftEyewear

Comments

comments

Memulakan kerjaya penulisan sebagai wartawan di sebuah akhbar berbahasa Melayu tempatan dan berkhidmat selama empat tahun sebelum menyertai Pepatung sepenuh masa. Berpengalaman dalam penulisan rencana terutama berkenaan gaya hidup, profil, minat ramai, isu semasa, fesyen dan hiburan.

Tinggalkan Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *