David Beckham Tampil Seksi Dalam Kempen Terbaharu H&M

0
23

DIA mungkin telah bersara daripada beraksi sebagai pemain bola sepak. Tetapi, David Beckham tidak menunjukkan tanda-tanda untuk memperlahankan lagaknya menerusi gambar-gambar kempen fesyen terbaharunya bersama jenama pakaian terkenal H&M.

Semalam, suami kepada bekas ahli kumpulan Spice Girls, Victoria Beckham ini mendedahkan gambar-gambar tersebut sempena koleksi musim luruh/sejuk jenama pakaian daripada Sweden itu.

Mengulas mengenai kolaborasinya bersama H&M, David berkata: “Koleksi terbaharu untuk rangkaian Bodywear di H&M ini menampilkan tenaga yang sedikit berbeza. Saya berasa sungguh teruja ketika terlibat sama dalam proses kreatif. Kami seronok bermain-main dengan warna dan tekstur,” ujarnya.

“Saya berharap pembeli di luar sana menyukainya,” ujarnya lagi.

Kredit gambar: H&M

TINGGALKAN RESPONS

Sila masukkan komen!
Masukkan nama anda di sini