Cristiano Ronaldo wajah baharu Sacoor Brothers

0
73

BINTANG bola sepak antarabangsa, Cristiano Ronaldo sekali lagi menambah pencapaian membanggakan dalam industri fesyen. Kali ini, Ronaldo dilantik selaku duta bagi label fesyen terkemuka dari negara kelahirannya (Portugal), Sacoor Brothers.

Jenama berusia 25 tahun itu memilih pemain bagi kelab Real Madrid itu atas dasar personaliti, bakat dan dedikasi mengagumkan yang dimilikinya.

3-cr sb

“Saya sangat gembira dengan projek yang sedang kami mulakan ini. Saya dapat melihat diri saya dalam nilai-nilai jenama ini meliputi komitmen, kejayaan, profesionalisme dan peningkatan berterusan,” kongsi Ronaldo yang baru selesai menjalani penggambaran di Madrid, Sepanyol untuk koleksi musim bunga/panas Sacoor Brothers 2015.

Butik Sacoor Brothers di Malaysia boleh ditemui di Pavilion, Suria KLCC, Bangsar Village dan Johor Premium Outlet (JPO).

Foto kredit: ronaldo7

TINGGALKAN RESPONS

Sila masukkan komen!
Masukkan nama anda di sini